Wednesday, February 24, 2010

Perubahan Tarikh LDP

. Wednesday, February 24, 2010
1 comments

Untuk makluman semua guru, atas kepentingan pelajar, semua tarikh Latihan Dalam Perkhidmatan Kendalian Sekolah yang akan dijalankan pada tahun ini akan diadakan semasa cuti sekolah. Tarikh-tarikh baru (semasa cuti sekolah) adalah sepetti berikut
15 Mac 2010
7 Jun 2010 & 8 Jun 2010
6 Sept 2010

Harap maklum

Read More »»

Tuesday, February 9, 2010

Jadual Waktu 2010 V2 (pagi)

. Tuesday, February 9, 2010
0 comments

Jadual waktu 2010 V2 akan berkuatkuasa mulai 23 Feb 2010 (Selasa). Guru-guru pagi boleh mendapatkannya di bilik PK Pentadbiran mulai 9 Feb 2010.

Read More »»

Monday, February 8, 2010

Notis kepada Waris

. Monday, February 8, 2010
0 comments

Semua guru tingkatan diminta dapatkan dua keping notis berikut daripada pejabat dan edarkan kepada pelajar-pelajar kelas.

1) Jemputan ke “MORNING TALK ON INCOME TAX”
2) Derma Ikhlas Tabung “Biasiswa Memorial Tragedi Bot Naga 117”

dan mengutip balik keratan jawapan kedua-dua keping notis selewat-lewatnya pada 11 FEB 2010 (Khamis).

Bagi notis pertama (Jemputan ke “MORNING TALK ON INCOME TAX”), guru-guru tingkatan diminta mengutip RM 3 daripada pelajar yang ibubapanya ingin menghadiri ceramah. Seterusnya menyerahkan kutipan dan slip jawapan kepada PK Pentadbiran selewat-lewatnya pada 12 FEB 2010 (Jumaat). Slip-slip jawapan yang lain disimpan oleh guru tingkatan.

Bagi notis kedua (Derma Ikhlas Tabung “Biasiswa Memorial Tragedi Bot Naga 117”, guru tingkatan diminta menyerahkan kutipan kelas kepada En Choo Lye Hock, Bendahari PIBG selewat-lewatnya 12 FEB 2010 (Jumaat).

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Saturday, February 6, 2010

Study of the U.S. Institutes

. Saturday, February 6, 2010
0 comments

Teachers are encouraged to apply to the above programme which is scheduled tentatively for mid June 2010. The whole course takes 6 weeks and is fully sponsored by US Goverment. Those interested can apply at http://malaysia.usembassy.gov/susi.html before Feb 12, 2010.

More information can be obtained at http://exchanges.state.gov/academicexchanges/scholars.html or refer to the office notice board.

Read More »»

Thursday, February 4, 2010

Perhimpunan Pagi

. Thursday, February 4, 2010
0 comments

Satu perhimpunan pagi akan dijalankan seperti berikut :
Tarikh : 5 Feb 2010 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi
Tingkatan : 4 dan 6

Read More »»

Wednesday, February 3, 2010

Waktu Bertugas Rasmi Guru Pagi

. Wednesday, February 3, 2010
0 comments

Demi menjamin keselamatan pelajar, pihak sekolah telah memutuskan bahawa para pelajar tidak lagi dibenarkan balik awal (pada pukul 1.30 pm) walaupun guru matapelajaran kelas tersebut tidak hadir ke sekolah. Guru ganti juga akan diaturkan untuk kelas-kelas yang guru mata pelajarannya tidak hadir pada waktu ke 10 (1.30 – 2.05 pm).

Oleh hal yang demikian, semua guru hanya dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah selepas 2.05 pm. Ini bermaksud waktu bertugas rasmi guru-guru pagi adalah dari 7.30 pagi hingga 2.05 petang kecuali hari Jumaat (1.30 ptg)

Peraturan ini berkuatkuasa mulai 23 FEB 2010

Read More »»