Tuesday, September 30, 2014

Rekod Kehadiran Tingkatan 5 dan 6 Atas

. Tuesday, September 30, 2014
0 comments

Semua Guru Tingkatan T5 & T6A diminta menghantar 1 senarai nama kelas yang mengandungi jumlah hari KETIDAKHADIRAN TANPA SEBAB kepada  En. Teh Min Hwa pada atau sebelum 3 OKT 2014.

Tarikh akhir diambil kira ialah 30 September 2014.

Maklumat berkenaan diperlukan untuk tujuan memproses gred kelakuan pelajar untuk tujuan Majlis Tamat Pengajian

Read More »»

Monday, September 29, 2014

Latihan Dalam Perkhidmatan

. Monday, September 29, 2014
0 comments

Satu Latihan Dalam Perkhidmatan Kendalian Sekolah telah diadakan seperti berikut

Tarikh : 27 Sept 2014 (Sabtu)
Masa : 7.30 - 2.00 pm
Tempat Kolej PTPL, Jalan Anson, Pulau Pinang






Read More »»

Majlis Tamat Pengajian 2014

.
0 comments

Dimaklumkan bahawa Upacara Panamatan Pengajian pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6 Atas akan diadakan seperti berikut:

Tarikh                                    : 24 Okt 2014 (Jumaat)
Masa                                       : 10:00 pagi
Tempat                                   : Dewan Sekolah

Dengan ini satu mesyuarat berkenaan perkara tersebut akan diadakan pada 30 Sept 2014 (Selasa) jam 2.05 pm di Bilik Persidangan. 

Semua Penolong Kanan, Ketua Bidang dan Ketua AJK diwajibkan menghadiri mesyuarat tersebut. Senarai AJK dilampirkan. 



Read More »»

Saturday, September 27, 2014

Program i-THINK

. Saturday, September 27, 2014
0 comments

Satu taklimat berkenaan dengan Program i THINK telah diadakan pada 27 Sept 2014. Taklimat ini telah disampaikan oleh Penyelaras program ini, Cik Tan Boon Yeang





Bersama- sama dengan ini dilampirkan bahan taklimat i-THINK bagi rujukan semua. Diminta semua guru supaya melaksanakan modul-modul di dalam program ini sebelum cuti sekolah bermula.

Sekian, terima kasih

Read More »»

Wednesday, September 24, 2014

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK TINGKATAN 3 TAHUN 2014

. Wednesday, September 24, 2014
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa Pentaksiran Psikometeri bagi Tingkatan 3 tahun 2014 akan berlangsung pada 25 Spet 2014 (Khamis) seperti berikut :

KERTAS 1 (KECEKAPAN)
Bahagian A
Verbal Linguistik BM dan BI
7.45 am – 8.45 am (1 jam)
REHAT (di bilik darjah)  
8.45 am – 9.00 am(15 minit)
Bahagian B
Logik Matematik & Visual Ruang
9.00 am – 9.50 am (50 minit)
PELAJARAN SEPERTI BIASA  
9.50 am – 10.45 am
KERTAS 2 (PERSEPSI)  
Pelbagai Kecerdasan  
11.15 am – 12.00 pm(45 minit)
Pemeriksaan Kertas oleh pelajar  bersama guru pengawas
12.00 – 12.20 pm
INVENTORI MINAT KERJAYA 2
12.30 – 1.10 pm (40 minit)
Pemeriksaan Kertas oleh pelajar  bersama guru pengawas
1.10 – 1.20 pm

Guru-guru yang memasuki kelas Tingkatan 3 diminta mengendalikan pentaksiran ini seperti yang ditaklimatkan pada 23 Sept 2014. Untuk maklumat lanjut, guru-guru boleh merujuk kepada surat siran yang dilampirkan.


Read More »»

Tuesday, September 23, 2014

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI KOLEJ PTPL

. Tuesday, September 23, 2014
0 comments

Dengan ini dimaklumkan bahawa latihan tersebut di atas dijalankan seperti berikut

Tarikh              :           27 Sept 2014 (Sabtu)
Masa                :           7.30 am – 2.00 pm
Tempat            :           Kolej PTPL, Jalan Anson, Pulau Pinang

Semua staf boleh menguruskan pengangkutan sendiri. Pihak kolej telah bersetuju untuk menyediakan 70 buah tempat letak kereta bagi kita. Jadi, digalakkan berkongsi kereta

Semua peserta yang menyerah wang makanan diminta menyediakan bekas makanan ( food container) dan alat makan (sudu/camca)sendiri

Semua staf diminta INGAT KUMPULAN masing-masing

SURAT PANGGILAN

Read More »»

Monday, September 22, 2014

Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah ke 4 tahun 2014

. Monday, September 22, 2014
0 comments

Mesyuarat JKKS ke 4 bagi tahun 2014 akan dijalankan seperti berikut :

Tarikh : 2 Okt 2014 (Khamis)
Masa : 2.10 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat

Makan tengahari akan disediakan mulai 1.00 pm di Bilik Makan Guru. Semua AJK wajib hadir

Terima kasih

Read More »»

Friday, September 12, 2014

Persidangan Pendidikan

. Friday, September 12, 2014
0 comments

Para guru yang berminat untuk menyertai persidangan-persidang berikut, diminta mendapat maklumat lanjutan di sini. 

A. PERSIDANGAN PENGGUNAAN PERANTI iPAD, 27 - 28 SEPTEMBER 2014 

B. PERSIDANGAN GOOGLE APPS FOR EDUCATION, 8 - 9 NOVEMBER 2014

Sekian, terima kasih

Read More »»

Thursday, September 11, 2014

Jamuan Malam Hari Guru 2014

. Thursday, September 11, 2014
0 comments

Jemaah Pentadbir Sekolah telah menganjurkan satu Jamuan Malam sempena Hari Guru 2014 di dewan kita pada 5 Sept 2014. Aktiviti ini turut disertai oleh staf dari SMJK Chung Ling Butterworth dan SM (Persendirian) Chung Ling. Tahun ini merupakan giliran kita menjadi penganjur.

Pihak sekolah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kaish kepada semua pengerusi PIBG yang bukan setakat menghulurkan bantuan kewangan tetapi juga turut memainkan peranan utama dalam urusan penganjuran jamuan tersebut.

Read More »»

Wednesday, September 10, 2014

Taklimat Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

. Wednesday, September 10, 2014
0 comments

Tarikh : 4 Sept 2014





Read More »»

Jadual Waktu, Jadual Kerja dan Peraturan Pentadbiran Ujian Bertulis PT3 tahun 2014

.
0 comments

Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menetapkan ujian bertulis bagi PT 3 dilaksanakan dari 13 hingga 16 Okt 2014.

Dilampirkan surat siaran tersebut bagi rujukan semua guru.

Read More »»

Perhimpunan Pagi

.
0 comments

Perhimpunan-perhimpunan pagi akan berlangsung seperti berikut :

1) Tarikh : 23 Sept 2014 (Selasa)
Tingkatan : 3 dan 5

2) Tarikh : 24 Sept 2014 (Rabu)
Tingkatan : 4 dan 6

Harap maklum

Read More »»

Wednesday, September 3, 2014

Makluman Awal Pemantauan JNJK berkenaan PBS 2014

. Wednesday, September 3, 2014
0 comments

Dimaklumkan bahawa pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti akan mengadakan pemantauan berkenaan pelaksanaan PBS di semua sekolah. Berikut adalah fasa-fasa lawatan pemantauan ini:

  • Fasa 1: 7-12 September 2014 (120 sekolah)
  • Fasa 2: 28/9-3/10/2014 (120 sekolah)
  • Fasa 3: 12/10-17/10/2014 (120 sekolah)
Sehubungan dengan itu semua guru yang terlibat dimohon bersedia untuk lawatan pemantauan pihak Jemaah Nazir. Semua guru  juga dipohon untuk meneliti dokumen-dokumen (Instrumen C dan Instrumen D) yang dilampirkan bagi memudahkan persiapan untuk lawatan ini. 

Kerjasama tuan dalam hal ini didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Read More »»

Monday, September 1, 2014

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

. Monday, September 1, 2014
0 comments

Satu taklimat akan dijalankan berkenaan perkara di atas seperti berikut :

Tarikh : 4 Sept 2014 (Khamis)
Tempat : Auditorium

Sesi Pertama (bagi guru-guru petang)
Masa : 10.30 am - 12.00 pm

Sesi Kedua (bagi guru-guru pagi)
Masa : 2.15 pm - 3.45 pm

Semua guru adalah wajib hadir. Guru-guru dinasihati merujuk kepada manual yang dilampirkan sebelum menghadiri taklimat.

Sekian, terima kasih

Read More »»