Tuesday, May 27, 2014

NAIK TARAF FIZIKAL SEKOLAH

. Tuesday, May 27, 2014
0 comments

Adalah dimaklumkan kerja-kerja naik taraf fizikal sekolah akan berlangsung dari 28 Mei – 15 Jun 2014 semasa cuti sekolah.

Berikut merupakan kawasan-kawasan yang terlibat

BIL
Kawasan
Jenis Kerja
1
Bilik Darjah Blok A & Blok B
Pemasangan jubin lantai
2
1T1, 1T2, 1T3, 1T4, 1T5, 1T6 di Blok F
Membuang partition antara kelas
3
Auditorium
Naik taraf lantai, dinding dan peralatan
4
laluan sepanjang belakang Blok A dan Blok B
Memperbaiki meja pelajar



Read More »»

Friday, May 23, 2014

Perhimpunan Pagi

. Friday, May 23, 2014
0 comments

Perhimpunan pagi akan berlangsung seperti berikut:

1) 16/6/2014 (Isnin) : Tingkatan 4* dan 6
2) 17/6/2014 (Selasa) : Tingkatan 3 dan 5

*Tingkatan 4 akan sambung dengan satu ceramah selepas perhimpunan 

Read More »»

Tuesday, May 20, 2014

Penyemakan Data EMISONLINE

. Tuesday, May 20, 2014
0 comments

GURU-GURU DIMINTA MENYEMAK DATA EMISONLINE DI http://emisonline.moe.gov.my/  (TARIKH TUTUP 22/5/2014, HARI KHAMIS)
UNTUK TUJUAN PELABELAN GURU.

 SILA SEMAK DAN PASTIKAN BAHAWA OPSYEN IKHTISAS CIKGU DI EMISONLINE ADALAH BETUL SEPERTI YANG TERTERA PADA MANA-MANA YANG BERKENAAN DI BAWAH IAITU:

-SIJIL PERGURUAN
-DIPLOMA PERGURUAN
-IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (BACHELOR – B (ED)) ATAU
-IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN(MASTERS – M (ED))


2.         DI LOGIN GURU, SILA TAIP:
No Kad Pengenalan:               No KP masing-masing
Katalaluan:                              No KP masing-masing
Masukkan kod pengesahan:    Ikut kod yang dipaparkan

3.         SEMAK KELULUSAN IKHTISAS. Guru lepasan maktab perguruan dan universiti (ijazah dengan pendidikan) mesti ada 2 ikhtisas.
4.         Sekiranya ada kesilapan, sila rujuk kepada Cik Ong Bee Leng untuk tindakan pembetulan dengan segera.  Terima kasih.

Read More »»

Sistem Pengurusan Sekolah

.
0 comments

Sila ambil maklum bahawa kini staf boleh login ke laman SPS     (https://sps.1bestarinet.net/SPS/cms_sps/login.jsp) secara individu untuk melengkapkan butir-butir peribadi dan perkhidmatan dengan menggunakan:

Nama Pengguna:     nama pengguna yang telah ditentukan oleh pihak sekolah (sila rujuk senarai)
Kata Laluan:               nombor kad pengenalan masing-masing

Langkah:
1          Selepas login, klik Sekolah Saya.
2          Kemudian klik Papar Rekod Peribadi.

Untuk sebarang pertanyaan,kemusykilan, pembetulan atau penambahan, sila tujukan kepada Cik Ong Bee Leng.  

Sekian.

Read More »»

Iklan Pelawaaan sebagai calon Penulis Buku Teks Sekolah Rendah

.
0 comments

Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) akan menerbitkan pakej buku teks sekolah rendah untuk kegunaan mulai tahun 2016. Sehubungan dengan itu, semua guru sekolah rendah dan sekolah menegah dijemput untuk menyertai pelawaan tersebut. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk iklan yang dilampirkan.

Harap maklum.

Read More »»

Bahan Mesyuarat Guru ke 2 tahun 2014

.
0 comments

Bersama-sama dengan ini, dilampirkan bahan mesyuarat bagi rujukan dan tindakan semua guru.

Terima kasih

Read More »»

Monday, May 19, 2014

Pemantauan Modul Perekodan PBS Offline

. Monday, May 19, 2014
0 comments

Seperti yang disebut dalam Mesyuarat Guru pada 17 Mei 2014, semua guru yang mengajar Tingkatan 1 - 3 yang terlibat dengan PBS dikehendaki melengkapkan Modul Perekodan Prestasi Pelajar secara offline dalam perisian MS Excel yang dibekalkan.

Semua guru yang terlibat dikehendaki menghantar Modul yang telah dikemaskini sehingga bulan Mei (mengikut Rancangan Pengajaran Tahunan) ke alamat clhshots@gmail.com selewat-lewatnya 15 Jun 2014.

Semua guru diminta menamakan fail/folder seperti dalam Panduan Penghantaran Modul Perekodan PBS.

Sekian, terima kasih

Read More »»

Thursday, May 15, 2014

Jamuan Malam Persaraan Pengetua

. Thursday, May 15, 2014
0 comments

Jemaah Pengurus Sekolah telah merancang untuk mengadakan satu jamuan malam sempena Persaraan Pengetua pada 27 Jun 2014 (Jumaat) di Restaurant CRC pada jam 7.30 pm.

Jenis makanan yang disediakan termasuk yang halal, vegetarian dan yang biasa (tidak halal). Guru-guru yang berminat boleh mendaftar nama dengan PK Petang atau Ketua-ketua Bidang masing-masing.

Tarikh tutup : 23 Mei 2014 (Jumaat)

Harap maklum

Read More »»

Thursday, May 8, 2014

Mesyuarat Guru 2/2014

. Thursday, May 8, 2014
0 comments

Satu mesyuarat guru akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 17 Mei 2014 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi (pendaftaran bermula)
Tempat : Dewan Yu Xiu

Agenda
1) Mesyuarat Guru
2) Mesyuarat Agung Kelab Staf
3) Penataran PBS oleh Pn Tan Lon Eng (Hanya semua pentadbir dan ketua panitia)

Semua guru diminta memuat turun minit mesyuarat guru kali pertama tahun 2014 di sini. Hard copy TIDAK akan dibekalkan.

Terima kasih

Read More »»

Tuesday, May 6, 2014

Minggu Orientasi Ting 6 Bawah

. Tuesday, May 6, 2014
0 comments

Tarikh : 5 - 7 Mei 2014





Read More »»

Hari Interaksi Pertama 2014

.
0 comments

Tarikh : 3 Mei 2014

Read More »»

Saturday, May 3, 2014

Kursus CPD KPM

. Saturday, May 3, 2014
0 comments

Merujuk keputusan Mesyuarat Pemuafakatan Antara Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dengan lnstitut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)  pada 4 Februari 2014 memutuskan IPGM melaksanakan Kursus Pembangunan Kompetensi bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG 41/DG 44 KPM bagi tahun 2014

2. Bagi Negeri Pulau Pinang, IPGM Kampus Pulau Pinang akan melaksanakan kursus tersebut untuk PPP di PPD Timur Laut dan PPD Barat Daya. Semua urusan surat panggilan, makan minum serta tuntutan perjalanan peserta adalah di bawah urusan IPGM. Bersama ini adalah cadangan tarikh perlaksanaan mengikut IPGM tersebut.

5-9 Mei, 2014
19-23 Mei 2014
16 - 20 Jun. 2014
23-27 Jun 2014
4-8 Ogos, 2014
11-15 Ogos, 2014
18 - 22 Ogos, 2014
25-29 Ogos 2014

Harap maklum

Read More »»