Monday, June 30, 2014

Kebanggaan SMJK Chung Ling

. Monday, June 30, 2014
1 comments

Cik Cheam Cheng Sooi telah mendapat Anugerah Guru Mutiara PPD Timur Laut pada 27 Jun 2014 dalam Majlis Sambutan Hari Guru (peringkat daerah) baru-baru ini.

Tahniah dan Syabas!

Read More »»

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014

.
0 comments

Bersama-sama ini, dilampirkan surat siaran daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia yang bertarikh 10 Jun 2014 untuk rujukan dan tindakan semua guru.

Sekian, terima kasih


Read More »»

Perhimpunan Pagi

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa perhimpunan-perhimpunan pagi akan diadakan seperti beriktu :

Tarikh : 2 Julai 2014 (Rabu) : Tingkatan 4 dan 6

Tarikh : 11 Julai 2014 (Jumaat) : Tingkatan 3 dan 5*

*Pelajar-pelajar Tingkatan 5 akan berada di dewan selepas perhimpunan untuk satu ceramah Sejarah SPM.

Harap maklum

Read More »»

Latihan Dalam Perkhidmatan

.
0 comments

Tarikh : 28 Jun 2014









Read More »»

Mr Ooi Poh Beng's Retirement Ceremony

.
0 comments

Date : 27 June 2014

Read More »»

Hari Sukan 2014年运动会

.
0 comments

Date : 21 June 2014

Read More »»

72/74年回馈母校

.
0 comments

72/74年毕业生于2014年6月21日举办40年回校日。他们也趁着这个有意义的日子捐献RM31,8883.00 来提升母校的讲堂。





Read More »»

Sambutan Hari Guru (peringkat sekolah) 2014

.
0 comments

Tarikh : 20 Jun 2014

Read More »»

Thursday, June 26, 2014

Senarai Nama Guru-Guru Sekolah Gred DG44 dan ke Bawah bagi Tujuan Pemberian Netbook

. Thursday, June 26, 2014
0 comments

Berikut dilampirkan senarai nama guru-guru bagi sekolah kita gred DG44 dan kebawah yang layak menerima netbook.

Untuk makluman juga, kriteria pemilihan penerima adalah seperti berikut:           
a)         Guru-guru sekolah rendah dan menengah sahaja
b)         Kelayakan kepada guru-guru gred DG44 dan kebawah dengan syarat berikut:
            ·         Warganegara Malaysia
            ·         Berjawatan Gred DG44 dan kebawah
            ·         Terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah (guru-guru yang attached to the PPD/JPN tidak layak)
            ·         Bukan guru pelatih/sandaran
            ·         Tidak bercuti tanpa gaji
            ·         Penjawatan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
            ·         Tidak menyandang atau memangku gred yang lebih tinggi daripada DG44
c)         Mengikut status penjawatan setakat tarikh 16 Mei 2014

Guru-guru yang layak tetapi namanya tertinggal diminta memaklumkan pejabat dengan kadar segera. JPN memerlukan senarai nama yang layak pada 27 Jun 2014 (Jumaat) sebelum pukul 4.00 ptg.

Harap maklum

Read More »»

Wednesday, June 25, 2014

Alamat laman sesawang Sementara Lembaga Peperiksaan

. Wednesday, June 25, 2014
0 comments

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan telah menyediakan laman sesawang alternatif memandangkan laman sesawang utama dalam proses pembinaan. 

Alamat laman sesawang alternatif Lembaga Peperiksaan ialah www.lp.edu.my.  Capaian kepada laman sesawang alternatif ini boleh juga dicapai melalui www.moe.gov.my

Harap maklum

Read More »»

Monday, June 23, 2014

Bahan Pentaksiran PT3 bagi subjek Sejarah dan Geografi

. Monday, June 23, 2014
0 comments

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan telah pun memuat naik bahan pentaksiran PT3 untuk subjek Sejarah dan Gepgrafi. Bahan ini tidak boleh didapati di laman sesawang Lembaga Peperiksaan, sebaliknya ada di www.moe.gov.my di bahagian pemberitahuan.

Guru-guru mata pelajaran Tingkatan 3 bagi mata pelajaran Geografi dan Sejarah diminta memuat turun dan seterusnya menjalankan pentaksiran mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Kerjasama tuan dalam hal ini didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Read More »»

Majlis Persaraan Pengetua

.
0 comments

Seperti sedia maklum, Majlis Persaraan Pengetua akan diadakan pada 27 Jun 2014 (Jumaat).

 Pada hari tersebut, hanya pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 6 akan masuk  ke dalam dewan untuk menyaksikan majlis rasmi sementara Tingkatan 3 dan 5 akan berada di dalam kelas masing-masing di bawah penyeliaan guru-guru tingkatan. Waktu persekolahan sesi petang adalah seperti biasa dan tiada sebarang perubahan. 

Semua guru sesi pagi (kecuali guru tingkatan 3 dan 5) dan staf sokongan wajib berada di dalam dewan pada 9.30 pagi dan guru-guru sesi petang adalah dijemput hadir majlis bersama. Pakaian majlis adalah rasmi dan guru lelaki dikehendaki memakai kemeja berlengan panjang serta bertali leher sekolah. 

Sarapan hanya disediakan kepada tetemu-tetamu sahaja tetapi makan tengahari akan disediakan kepada semua guru (pagi dan petang) dan staf sekongan. Para guru dan staf sokongan boleh menuntut masing-masing di kantin sekolah selepas majlis tamat nanti.

Read More »»

Friday, June 20, 2014

Latihan Dalam Perkhidmatan

. Friday, June 20, 2014
0 comments

Latihan dalam perkhidmatan yang dijadualkan pada 28 Jun 2014 terpaksa dipinda atas sebab pembatalan pihak Kolej PTPL.

Oleh hal yang demikian, program LDP pada hari tersebut terpaksa dipinda seperti berikut :

Tarikh : 28 JUN 2014 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi (Pendaftaran bermula)
Tempat : Dewan Yu Xiu

Program
1) Pentaksiran Psikometrik PBS
2) Mind Mapping

Harap maklum

Read More »»

Thursday, June 19, 2014

TAWARAN MENGIKUTI KURSUS DALAM PERKHIDMATAN PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) AMBILAN 2014

. Thursday, June 19, 2014
0 comments

Bersama ini dilampirkan surat dari  Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia rujukan KP(BPG)9026/800/12(12) bertarikh 9 Jun 2014 untuk rujukan dan tindakan

Permohonan dibuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang memenuhi syarat dan kelayakan mulai 16 JUN 2014 hingga 16 JULAI 2014 secara online dalam laman wab http://www.moe.gov.my

Read More »»

Tuesday, June 17, 2014

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

. Tuesday, June 17, 2014
0 comments

Sukacitanya dimaklumkan bahawa sambuatan Hari Guru Peringkat Sekolah akan diadakan pada 20 Jun 2014 (Jumaat). Guru-guru diminta memberi perhatian pada perkara-perkara berikut :

1) Majlis rasminya akan diadakan di dewan dari 8.15 - 9.45 pagi. Kelas yang akan masuk ke dalam dewan termasuk semua kelas Tingkatan 5 dan kelas kumpulan A Tingkatan 3.

2) Semua guru kecuali Guru Tingkatan kelas Tingkatan 3 (kumpulan B dan C), 4 dan 6, wajib berada di dalam dewan pada pukul 8.15 pagi. Guru-guru tingkatan yang berkenaan diminta menguruskan jamuan kelas dengan pelajar.

2) Jamuan kelas dijangka akan bermula 9.45 pagi dan tamat pada 11.45 pagi. Guru-guru mata pelajaran diminta masuk kelas mengikut jadual waktu peribadi.

3) Dua waktu selepas ini (11.45 - 12.55 pm) dikhaskan untuk memulihkan bilik darjah. Guru-guru mata pelajaran diminta membantu.

4) Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas akan berjalan seperti biasa dari 12.55 – 1.30 pm

Harap maklum


Read More »»

Mesyuarat JKKS ke 3 tahun 2014

.
0 comments

Mesyuarat JKKS kali ke 3 bagi tahun 2014 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 19 Jun 2014 (Khamis)
Masa : 2.05 ptg
Tempat : Bilik Persidangan

Semua AJK adalah wajib hadir. Makan tengahari akan disediakan mulai 1.00 pm di kantin guru.

Harap maklum

Read More »»

Wednesday, June 11, 2014

Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Kejurulatihan Sukan 2014

. Wednesday, June 11, 2014
0 comments

Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama United State Sports Academy (USSA) Malaysia merangka melaksanakan kursus tersebut seperti ketetapan berikut:
    Tarikh : 4 Ogos - 3 Oktober ( 50 hari = 400 jam kredit, mode penuh
                                              masa)
    Masa  : 8.00 pg hingga 10.00 malam
    Tempat : akan ditentukan kemudian.
    Kriteria Pemohon.
    1. Umur <50 br="" thn="">
    2. Tidak berdaftar dengan mana-mana IPTS sebagai pelajar penuh
        masa  atau PJJ.
    3. Aktif dalam kokurikulum & sihat tubuh badan.
    4. Markah prestasi 3 tahun yang baik dan disokong oleh Pengetua/GB
    5. Bebas dari tindakan tatatertib atau mahkamah.
    6. Guru PJK bukan opsyen yang sedang mengajar PJK.
    7. Berminat untuk meningkatkan ilmu PdP.
    8. Tempat adalah terhad untuk 50 peserta sahaja.    

Permohonan boleh dibuat melalui surat rasmi sekolah dengan menyatakan kriteria seperti, Nama, No KP, Markah Prestasi 2013,2012,2011, pengalaman mengajar PJK dan lain-lain yang sesuai.

Surat permohonan boleh dihantar ke Unit Latihan & Kemajuan Staf, JPN Pulau Pinang (u.p En Mohd Yusof b Md Yasin)
Sekian, terima kasih

Read More »»

Thursday, June 5, 2014

Format dan Contoh PT3

. Thursday, June 5, 2014
0 comments

Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan format dan contoh instrumen PT3. Guru-guru boleh memuat turun bahan-bahan berkenaan untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.

Terima kasih

Read More »»