Tuesday, August 28, 2012

Soal Selidik Kesediaan Guru Melaksanakan PBS

. Tuesday, August 28, 2012
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa semua guru yang mengajar Tingkatan 1 tahun 2012 WAJIB untuk memberi respon kepada soal selidik seperti di atas. Sila layari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di  http://www.moe.gov.my/lp di pautan "Kajian" sebelum atau pada 31 Ogos 2012.

Harap maklum

Read More »»

Perhimpunan Pagi

.
0 comments

Perhimpunan pagi akan diadakan seperti berikut :

Tingkatan 3 dan 5 : 3 Sept 2012 (Isnin)
Tingkatan 4 dan 6 : 4 Sept 2012 (Selasa)

Harap maklum

Read More »»

Monday, August 27, 2012

Pengutipan Sumbangan PIBG 2012

. Monday, August 27, 2012
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa surat kepada waris untuk meminta sumbangan PIBG 2012 telah pun diedarkan melalui pelajar-pelajar. Guru Tingkatan diminta mengutip sumbangan tersebut daripada kelas masing-masing dan serahkan kepada Bendahari PIBG, Pn Hong Siang Ean selewat-lewatnya 7 Sept 2012 (Jumaat).

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Permohonan Pertukaran eGTukar sesi Jan 2013

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa pertukaran guru antara negeri, antara dan dalam daerah bagi sesi Januari 2013 melalui sistem e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 30 Sept 2012.
Pemohon boleh memohon melalui laman web di http://www.moe.gov.my atau http://apps.emoe.gov.my/epgo

Read More »»

Sunday, August 26, 2012

Penghantaran Kertas Soalan Secara Talian

. Sunday, August 26, 2012
0 comments

Semua guru penyedia soalan Ujian ke 2 (Tingkatan 2 dan 4) dan Pepriksaan Percubaan PMR Tahun 2012 dikehendaki menghantar kertas soalannya dalam bentuk softcopy ke alamat berikut mengikut Tingkatan:

Tingkatan 2: clhs2012f2@gmail.com
Tingkatan 3: clhs2012f3@gmail.com
Tingkatan 4: clhs2012f4@gmail.com

Sila email sebelum atau pada 31 Ogos 2012. 

Read More »»

Thursday, August 23, 2012

Aktiviti Sebelum PMR

. Thursday, August 23, 2012
0 comments

Seperti sedia maklum Peperiksaan Percubaan PMR sudah selesai dan peperiksaan sebenar PMR cuma ada kira-kira 5 minggu dari sekarang. Untuk memastikan masa yang selebihnya ini diperguna dengan berfaedah, ketua panitia telah diminta untuk berbincang dengan guru-guru Tingkatan 3 aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk meningkatkan lagi prestasi calon PMR kita.

Berikut disenaraikan aktiviti-aktivitinya

1) Guru-guru Tingkatan 3 diminta membincangkan kertas peperiksaan percubaan yang baru tamat dengan para pelajar dari 27 - 30 Ogos 2011 (minggu pertama)
2) Bagi 4 minggu yang selebihnya (bulan Sept), setiap panitia mata pelajaran peperiksaan PMR dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya TIGA SET latihan tubi untuk pelajar-pelajar.
3) Guru-guru boleh menggunakan masa pengajaran biasa untuk mengendalikan latihan tubi ini. Tiada jadual waktu khas disediakan.
4) Ketua Panitia diminta menghantar satu salinan bahan yang disediakan kepada Ketua Bidang untuk tujuan rujukan.
5) Ketua Panitia diminta berbincang dengan para guru subjek bahan-bahan aktiviti yang bersesuaian dan menghantar untuk fotostat.
6) Guru-guru subjek diminta mengutip bayaran fotostat daripada tabung kelas. Pihak sekolah hanya akan menanggung RM 600 bagi satu panitia.

Harap maklum.

Read More »»

Wednesday, August 15, 2012

Gifts from 90/92 Graduated Students

. Wednesday, August 15, 2012
0 comments

A group of 1990/92 graduated students donated a sum of about RM 37 thousands to school. The donation was used to buy 14 sets of visualisers and 4 sets of projectors. The launching ceremony was held on 8 Aug 2012 at Conference Room.





Read More »»

English Enrichment Programme

.
0 comments

A group of United States teacher trainees joined our school English Enrichment Programme from 16 - 27 July 2012. The afternoon Form 1 and F2 students were involved in this programme. The US teachers were Mandi Raines, Julia Higbee, Angela Stevens, Katie Blackwell and Nikki Dramis.



Read More »»

Tarikh Akhir SAPS

.
0 comments

Para guru adalah diingati tentang tarikh akhir memasukkan markah Ujian dan Peperiksaan dalam sistem SAPS seperti berikut :

Tingkatan 2 dan 4 : 10 Sept 2012
Tingkatan 3 : 30 Ogos 2012

Guru-guru dinasihati memasukkan markah seawal yang mungkin untuk mengelak daripada kesibukan talian internet.
Harap maklum

Read More »»

Pengemaskinian Data eOperasi

.
0 comments

Semua guru diseru mengemaskini data peribadi masing-masing dalam sistem eOperasi di http://apps.moe.gov.my/eoperasi selewat-lewatnya 20 Ogos 2012. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan, diminta memaklumkan En Soo atau Cik Ong BL dengan segera. Pengemaskinian data ini penting khususnya bagi guru-guru yang ingin memohon pertukaran sesi Sept nanti.
Harap maklum

Read More »»

Monday, August 13, 2012

Cuti Berganti Hari Raya

. Monday, August 13, 2012
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa sekolah hanya akan mengambil cuti berganti Hari Raya pada 17 Ogos 2012 (Jumaat) sahaja. Keputusan ini dicapai selepas mengambil kira peperiksaan/ujian masih berjalan pada 16 Ogos 2012 (Khamis) bagi sesi pagi. Ia akan menimbulkan banyak kesulitan sekiranya peperiksaan/ujian ditundakan selepas cuti penggal nanti.

Harap maklum.

Read More »»

Thursday, August 2, 2012

Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidil Fitri

. Thursday, August 2, 2012
0 comments

Sukacita dimaklumkan sekolah akan mengambil cuti berganti pada Jumaat, 17 Ogos 2012 seperti yang diluluskan oleh KPM mengikut surat siaran bertarikh 31 Julai 2012. Cuti tersebut akan diganti pada 22 Sept 2012 (Sabtu).

Oleh hal yang demikain, Peperiksaan Percubaan PMR dan Ujian ke 2 Tingkatan 4 akan diawalkan dan dimulakan masing-masing pada 8 Ogos 2012 dan 13 Ogos 2012.

Oleh sebab perubahan-perubahan ini, maka Mesyuarat Guru yang dijadualkan pada 4 Ogos 2012 juga akan ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Read More »»

Jamuan Hari Guru (peringkat sekolah)

.
0 comments

Sukacita dimaklumkan bahawa Jamuan Hari Guru (anjuran Jemaah Tadbir) akan diadakan seperti berikut

Tarikh : 30 Ogos 2012 (Khamis)
Masa : 7.00 pm
Tempat : Dewan SMJK Chung Ling Butterworth

Guru-guru yang ingin hadir majlis tersebut diminta mendaftar dengan Ketua Bidang masing-masing sebelum 10 Ogos 2012. Guru-guru di bawah penyeliaan KB Bahasa sila berjumpa dengan En Na Lean Hong. Pengangkutan akan disediakan dari sekolah (bertolak 5.30 pm) ke tapak majlis.

Harap maklum

Read More »»