Friday, July 29, 2016

Perhimpunan Pagi

. Friday, July 29, 2016
0 comments

Satu perhimpunan pagi akan berlangsung pada 3 Ogos 2016 (Rabu) bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5.

Harap maklum.

Read More »»

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

.
0 comments

Sukacitanya dimaklumkan bahawa sambuatan Hari Guru Peringkat Sekolah akan diadakan pada 4 Ogos 2016 (Khamis). Guru-guru diminta memberi perhatian pada perkara-perkara berikut :

1) Majlis rasminya akan diadakan di dewan dari 8.30 - 9.30 pagi. Kelas yang akan masuk ke dalam dewan termasuk semua kelas Tingkatan 5 dan Tingkatan 3.

2) Semua guru kecuali Guru Tingkatan kelas 4 dan 6, wajib berada di dalam dewan pada pukul 8.15 pagi. Guru-guru tingkatan yang berkenaan diminta menguruskan jamuan kelas dengan pelajar.

2) Jamuan kelas dijangka akan bermula 9.50 pagi dan tamat pada 11.50 pagi. Guru-guru mata pelajaran diminta masuk kelas mengikut jadual waktu peribadi.

3) Satu waktu selepas ini (11.50 - 12.20 pm) dikhaskan untuk memulihkan bilik darjah. Guru-guru mata pelajaran diminta membantu.

4) Pengajaran dan pembelajaran (termasuk Program Intervensi) di dalam kelas akan berjalan seperti biasa dari 12.20 pm.


Harap maklum

Read More »»

Thursday, July 28, 2016

Majlis Perasmian Ulangtahun ke 100 Chung Ling 锺灵百年校庆推展礼

. Thursday, July 28, 2016
0 comments

Tarikh : 6 Ogos 2016 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tgh
Kehadiran : semua guru (pakai batik)

Kad jemputan/Pas masuk boleh diperoleh daripada PK Petang atau Ketua Bidang. Para guru diminta berkongsi kereta.

Harap maklum

Read More »»

The Sixth International Student Camp 2016

.
0 comments

Date : 9 - 15 July 2016

Read More »»

Tuesday, July 26, 2016

台湾弘明实验高中到访

. Tuesday, July 26, 2016
0 comments

台湾弘明实验高中于2016年7月18日莅临本校进行交流活动,当中有15位台湾学生和6位带队老师。在欢迎仪式里,台湾学生为本校介绍了所属中学的特色,也借此机会一展才华,当中有武术表演、绕口令和互动歌唱环节。接着,他们也在老师的指导下,亲手制作了峇迪,了解马来人的文化。





Read More »»

Monday, July 25, 2016

Opening Ceremony of the sixth International Student Camp 2016

. Monday, July 25, 2016
0 comments

Date : 11 July 2016 (Mon)








Read More »»

Friday, July 22, 2016

PELAWAAN MENYERTAI ANUGERAH INOVASI NEGARA 2016

. Friday, July 22, 2016
0 comments

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Bersama-sama ini sertakan surat tersebut untuk perhatian dan tindakan selanjutnya .

Tarikh tutup : 15 Ogos 2016.

Sekian , terima kasih.

Read More »»

Hari Interaksi Ibubapa Kedua 2016

.
0 comments

Pada 16 Julai 2016 (Sabtu), pihak sekolah telah menganjurkan Hari Interaksi kali ke 2 bagi waris-waris Tingkatan 1 dan 2. Selian daripada perjumpaa dengan guru tingkatan, para waris juga berkesempatan menghadiri satu taklimat berkenaan ALLSCHOOL Program dan juga satu ceramah keibubapaan (kerjasama dengan 檀香爱心福利中心).







Read More »»

Pengutipan Derma PIBG 2016

.
0 comments

Semua guru Tingkatan diminta mengutip derma PIBG dan serahkan kutipan kepada bendahari PIBG (Cik Lee Mee Ling) mengiklut ketetapan berikut :

Selasa : 8.30 am - 10.30 am
Khamis : 10.00 am - 11.30 am

Tarikh akhir penyerahan pelajar : 27 JULAI 2016

Harap maklum

Read More »»

Thursday, July 21, 2016

PANDUAN PEMILIHAN DAERAH & MUKIM DALAM SISTEM e-OPERASI

. Thursday, July 21, 2016
0 comments

PENTING

MAKLUMAT TAMBAHAN dalam eOperasi

Semua staf diminta memasukkan "DAERAH" dan "MUKIM" dalam bahagian "MAKLUMAT PERIBADI" semasa mengemaskini data eOperasi.

Sila rujuk lampiran.

Read More »»

Wednesday, July 13, 2016

PEER TEACHING/PENCERAPAN 2016 Kali kedua

. Wednesday, July 13, 2016
0 comments

Tarikh    :               18 Julai – 29 Julai 2016

Arahan
1     1) Setiap guru wajib menjalani aktiviti ini
2     2)  Guru mendapatkan seorang rakan setugas yang mengajar subjek dalam tingkatan yang sama
3     3)  Mengadakan sesi pra-pencerapan untuk membincang perancangan pengajaran bersama.
4     4)  Rakan guru menjalankan pengajaran dan pencerapan dijalankan oleh guru berkenaan.
5     5)  Kemudian, prosesnya diterbalikkan di mana guru akan dicerap oleh rakan setugas.
6     6)  Kedua-dua orang guru mengadakan sesi perbincangan pasca pencerapan
7     7)  Lengkapkan borang pencerapan yang boleh diperoleh di depan kaunter pejabat
8     8) Serahkan borang yang lengkap kepada PK Pentadbiran
8

Read More »»

Tuesday, July 12, 2016

Master Trainer & Observer Untuk Guru Bahasa Inggeris

. Tuesday, July 12, 2016
0 comments

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan proses pemilihan Master Trainer dan Observer yang akan terlibat dengan pelaksanaan Program Usaha Sama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Dan Cambridge English (CE) yang akan bermula pada bulan Ogos sehingga November 2016.

2.       Sehubungan dengan itu, Bahagian ini mempelawa permohonan daripada semua guru, pensyarah dan pegawai bahasa Inggeris dari Bahagian/ Jabatan/ Institut/ Kolej/ sekolah di bawah seliaan YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ tuan/ puan yang berminat dan menepati kriteria pemilihan sebagai Master Trainer dan Observer. Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikembalikan selewat-sewatnya pada atau sebelum 15 Julai 2016 (Jumaat). Borang permohonan dan maklumat penghantaran permohonan adalah seperti pada lampiran berikut:


Lampiran A: Kriteria Pemilihan Master Trainer dan Observer
Lampiran B: Borang Permohonan Master Trainer dan Observer
Lampiran C: Maklumat Penghantaran Borang Permohonan

3.       Untuk makluman, permohonan sebagai Master Trainer dan Observer ini boleh diakses dalam laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my/  bermula pada 4 Julai 2016.

4.       Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, mohon hubungi Cik Teresa Rose Anak Gilbert Nyaod di talian  03-88841250/ 019-8392107 atau e-mel:rose.gilbert@moe.gov.my, Sektor Kompetensi Pembelajaran dan Pengajaran, Bahagian Pendidikan Guru."

Read More »»

Monday, July 11, 2016

Pengemaskinian Data eOperasi

. Monday, July 11, 2016
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa semua guru dan staf sokongan dikehendaki menyemak maklumat sendiri di dalam sistem eOperasi dan mengesahkan ketepatan data dari 19 Julai - 26 Julai 2016

Harap maklum

Read More »»

Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Sebagai Guru Cemerlang Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) Di KPM Tahun 2016

.
0 comments

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sebagai Guru Cemerlang Gred DG32, DG44, DG48, DG52, DG54 dan Gred Khas C sedang dibuka.
3.  Sayugia diingatkan bahawa calon dari sekolah hendaklah mengemukakan permohonan melalui Guru Besar / Pengetua masing-masing. Guru Besar / Pengetua hendaklah menyemak, meneliti, mengesah dan mengemukakan permohonan yang layak kepada :
    
     i)  Ketua Nazir Sekolah, JNJK Putrajaya bagi Gred DG52, DG54 dan Gred Khas C
     ii) Ketua Nazir Negeri bagi Gred DG32, DG44, dan DG48
4.  Maklumat dan dokumen-dokumen bagi permohonan tersebut juga boleh didapati di http://www.moe.gov.my. Kerjasama dan perhatian tuan dalam perkara ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.

Read More »»

Friday, July 1, 2016

Hari Sukan 2016年常年运动会

. Friday, July 1, 2016
0 comments

Date : 18 June 2016

 

Read More »»