Saturday, June 27, 2009

Upacara Penyerahan Sijil Program Anak Angkat Kokurikulum

. Saturday, June 27, 2009

Sebanyak 15 pertubuhan kokurikulum sekolah kita telah mendapat tajaan kewangan daripada beberapa bekas pelajar sekolah kita. Setiap pertubuhan akan menerima sebanyak RM5000 setahun sebanyak 5 tahun daripada "bapa angkat"nya. Ada juga pertubuhan yang menerima sehingga RM20,000 setahun.
Untuk mengenang jasa "bapa-bapa angkat" yang bermurah hati ini, satu majlis penyampaian sijil kepada mereka akan berlangsung di dewan sekolah kita pada 3 Julai 2009 (Jumaat) pagi. Lembaga Pengarah sekolah amat memandang serius majlis ini dan saya berharap semoga semua warga sekolah dapat memberi kerjasama demi menjayakan majlis ini.

0 comments:

Post a Comment