Monday, January 24, 2011

Penubuhan Tabung Kebajikan PIBG

. Monday, January 24, 2011

PIBG telah memutuskan untuk menubuhkan satu Tabung Kebajikan PIBG demi membantu para warga sekolah yang dilanda bencana seperti kebakaran. Surat permohonan derma daripada waris pelajar telah dikeluarkan melalui pelajar pada 24 Jan 2011.


Guru Tingkatan dikehendaki mengutip sumbangan waris melalui pelajar dan menyerahkan sumbangan kelas kepada Penolong Bendahari PIBG, iaitu En Lim Hock Chai selewat-lewatnya 28 Jan 2011 (Jumaat).

Pada kira-kira satu minggu yang lepas, rumah seorang pelajar Tingkatan 3TB1 See Khai Hooi telah habis dimusnahkan dalam suatu kebakaran. PIBG telah menyumbang RM 10,000 kepada keluarga pelajar tersebut dan upacara penyerahan cek telah disempurnakan pada 24 Jan 2011 jam 0830 di bilik Pengetua.

0 comments:

Post a Comment