Friday, July 1, 2011

Surat Akuan Pinjaman/Pembiayaan Pendidikan

. Friday, July 1, 2011

Bagi mengatasi masalah kutipan bayaran balik pinjaman pendidikan di kalangan sektor awam, JPA telah mengeluarkan satu format surat akuan pinjaman/pembiayaan pendidikan bagi membolehkan institusi pinjaman pendidikan mendapatkan maklumat peminjam.

Sehubungan itu, semua pegawai yang pernah membuat pinjaman/pembiayaan dan belum melunaskannya hendaklah membuat perakuan serta melengkapkan maklumat yang dikehendaki dengan mengisi LAMPIRAN A.

Borang ini boleh diperolehi daripada pejabat sekolah dan menjadi tanggungjawab semua pegawai berkenaan untuk mengembalikannya selewat-lewatnya 4 Julai 2011.

**Institusi Pinjaman yang terlibat
JPA, PTPTN, MARA, Yayasan Pelajaran Johor, Yayasan Terengganu, Yayasan TM, Majlis Agama Islam Selangor, Yayasan Sarawak, Yayasan Sultan Iskandar Johor dan KWSP

0 comments:

Post a Comment