Thursday, August 23, 2012

Aktiviti Sebelum PMR

. Thursday, August 23, 2012

Seperti sedia maklum Peperiksaan Percubaan PMR sudah selesai dan peperiksaan sebenar PMR cuma ada kira-kira 5 minggu dari sekarang. Untuk memastikan masa yang selebihnya ini diperguna dengan berfaedah, ketua panitia telah diminta untuk berbincang dengan guru-guru Tingkatan 3 aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk meningkatkan lagi prestasi calon PMR kita.

Berikut disenaraikan aktiviti-aktivitinya

1) Guru-guru Tingkatan 3 diminta membincangkan kertas peperiksaan percubaan yang baru tamat dengan para pelajar dari 27 - 30 Ogos 2011 (minggu pertama)
2) Bagi 4 minggu yang selebihnya (bulan Sept), setiap panitia mata pelajaran peperiksaan PMR dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya TIGA SET latihan tubi untuk pelajar-pelajar.
3) Guru-guru boleh menggunakan masa pengajaran biasa untuk mengendalikan latihan tubi ini. Tiada jadual waktu khas disediakan.
4) Ketua Panitia diminta menghantar satu salinan bahan yang disediakan kepada Ketua Bidang untuk tujuan rujukan.
5) Ketua Panitia diminta berbincang dengan para guru subjek bahan-bahan aktiviti yang bersesuaian dan menghantar untuk fotostat.
6) Guru-guru subjek diminta mengutip bayaran fotostat daripada tabung kelas. Pihak sekolah hanya akan menanggung RM 600 bagi satu panitia.

Harap maklum.

0 comments:

Post a Comment