Monday, August 18, 2014

BAYARAN INSENTIF PROFISIENSI BAHASA INGGERIS (IProBI) KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) YANG MENGAJAR BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH-SEKOLAH

. Monday, August 18, 2014

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Perkihidmatan Awam (JPA) telah meluluskan pemberian IproBI kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang mengajar Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah secara “one-off”.(rujuk lampiran Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2014)

3.         Syarat-syarat adalah seperti berikut :
       
             i.         Guru mendapat Keputusan Aptis atau CPT dengan band C1 atau C2. Slip keputusan CPT boleh dimuat turun dari laman sesawang KPM
            ii.          Guru harus mengajar Bahasa Inggeris;
            iii.         Guru yang bukan opsyen jika memohon pemberian insentif ProBI                             perlu mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris sehingga bersara;
            iv.        Dilantik ke dalam perkhidmatan sebelum 1 Januari, 2015;
            v.         Bebas daripada tindakan tatatertib;
           
                     
4.      Guru-guru yang ingin memohon diminta menyemak senarai semak (bahan-bahan yang kena dilampirkan). Semua permohonan mesti sampai ke pejabat (U.P Pn Noraida) selewat-lewatnya 29 Ogos 2014.

Sekian, terima kasih

0 comments:

Post a Comment