Wednesday, February 25, 2015

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2012 dan 2013

. Wednesday, February 25, 2015

Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan telah memuat naik kupasan mutu jawapan calon bagi peperiksaan SPM 2012 dan 2013 di laman sesawangnya. 

Kupasan mutu jawapan calon ini mempamerkan bagaimana calon sepatutnya menjawab soalan-soalan di dalam peperiksaan tersebut. Bahan-bahan ini amat berguna untuk membantu calon-calon peperiksaan sekolah bersedia menghadapi peperiksaan nanti. Bahan-bahan ini juga membantu guru-guru bersedia dalam pembinaan item dan cara-cara memberi skor yang tepat. Bahan-bahan ini amat sesuai untuk dijadikan bahan sandaran dalam sesi pementoran guru-guru untuk pentaksiran. 

 Semua guru yang terbabit diminta  untuk memuat turun bahan-bahan ini dan memastikan agar pelajar-pelajar mendapat manfaat. 

Kerjasama tuan di dalam hal ini didahulukan dengan ucapan terima kasih.

0 comments:

Post a Comment