Wednesday, July 1, 2015

Hebahan Program Sarjana Pendidikan Mod Kerja Kursus

. Wednesday, July 1, 2015

Untuk makluman tuan, Pusat Pengajian llmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia bercadang untuk mengadakan program di atas kepada guru dan pegawai pendidikan yang berminat di sekitar negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang berkelayakan mulai Sidang Akademik 2015/2016 iaitu September 2015. Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun (4 semester).

Program dijalankan secara sambilan yang melibatkan komponen kerja kursus dan projek penyelidikan. Jadual kuliah dan tutorial akan dijalankan secara intensif pada hari Sabtu. Butiran lanjut tentang program ini adalah seperti di dalam brosur yang disertakan. Tempat kuliah dan tutorial ialah di lnstitut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah.

 Mereka yang berminat dan rnemenuhi kelayakan perlu mengisi permotronan secara online di laman sesawang www.ips.usm.mv selewat-lewatnya pada 30 JUN 2015.

Harap maklum

0 comments:

Post a Comment