Wednesday, August 12, 2015

PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF 2016 KPM

. Wednesday, August 12, 2015

Untuk makluman, Sektor Pengurusan Akademik dengan kerjasama setiap Pejabat Pendidikan Daerah telah dipertanggungjawabkan untuk menghantar senarai nama penerima Anugerah Guru Inovatif bagi setiap kategori di seluruh negeri Pulau Pinang kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tujuannya adalah untuk dipertimbangkan dalam penyertaan Anugerah Guru Inovatif Peringkat Kebangsaan 2016 sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2016

Sehubungan dengan itu, guru-guru yang berminat boleh mengemukakan pencalonan dan bahan inovasi yang memenuhi syarat pertandingan seperti dalam Lampiran kepada Penolong PPD (Pengurusan Akademik) di Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing selewat-lewatnya pada 15 September 2015.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Puan Derani Tan di talian 012-4932285.

0 comments:

Post a Comment