Tuesday, April 5, 2016

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

. Tuesday, April 5, 2016

Seperti sedia maklum , KPM telah mewajibkan semua staf kerajaan untuk menjalani sekurang-kurangnya 42 jam (7 hari) Latihan Dalam Perkhidmatan dalam satu tahun.

Mengikut kebiasaan, JPN akan menetapkan supaya semua staf telah menjalani sekurang-kurangnya 3 hari LDP sehingga bulan April.

Oleh hal yang demikian, semua panitia diarahkan untuk mengelola satu LDP yang bertajuk  "Bengkel Penghasilan Item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)". LDP ini terpaksa dijalankan pada sebelah petang (utk guru-guru pagi) atau pagi (untuk guru-guru petang) dalam bulan April, memandangkan tiada peruntukan hari Sabtu lagi dalam bulan April.

Dicadangkan setiap panitia menjalankan LDP ini dua kali seperti berikut :
Fasa 1 : 11 - 15 April 2016 (2 jam)
Fasa 2 : 18 - 22 April 2016 (2 jam)

Ketua-ketua panitia diminta menyerahkan rekod kehadiran LDP kepada Pn Tan Lon Eng untuk dimasukkan ke dalam sistem spl kpm.

Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment