Monday, July 11, 2016

Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Sebagai Guru Cemerlang Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) Di KPM Tahun 2016

. Monday, July 11, 2016

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sebagai Guru Cemerlang Gred DG32, DG44, DG48, DG52, DG54 dan Gred Khas C sedang dibuka.
3.  Sayugia diingatkan bahawa calon dari sekolah hendaklah mengemukakan permohonan melalui Guru Besar / Pengetua masing-masing. Guru Besar / Pengetua hendaklah menyemak, meneliti, mengesah dan mengemukakan permohonan yang layak kepada :
    
     i)  Ketua Nazir Sekolah, JNJK Putrajaya bagi Gred DG52, DG54 dan Gred Khas C
     ii) Ketua Nazir Negeri bagi Gred DG32, DG44, dan DG48
4.  Maklumat dan dokumen-dokumen bagi permohonan tersebut juga boleh didapati di http://www.moe.gov.my. Kerjasama dan perhatian tuan dalam perkara ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.

0 comments:

Post a Comment