Friday, October 7, 2016

PEMAKLUMAN PENGGUNAAN SURAT KEPUTUSAN PENGECUALIAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SECARA DALAM TALIAN

. Friday, October 7, 2016

Untuk makluman tuan/puan, bagi menambahbaik pengurusan Program Transformasi Minda (PTM) di KPM, BPSM telah membuat penambahan fungsi dalam sistem semakan PTM bagi cetakan Surat Pengecualian PTM secara dalam talian untuk meningkatkan kecekapan penyaduran keputusan permohonan pengecualian PTM setelah diperakukan oleh Panel Pengurusan PTM.

Sehubungan dengan itu, pemohon boleh mencetak sendiri surat pengecualian untuk tujuan dokumentasi pengesahan dalam perkhidmatan. Bersama-sama dengan ini disertakan sesalinan surat daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia yang jelas maksudnya beserta Contoh Surat Pengecualian PTM yang dicetak dari Sistem Semakan PTM dan Panduan Cetakan Surat Pengecualian PTM secara Dalam Talian untuk makluman pihak yang berkenaan.

Sebarang pertanyaan mengenai hal ini,tuan/puan boleh menghubungi Unit Latihan dan Kemajuan Staf ( Pn Rosita binti Abdullah, ditalian 04-6521179). 

Sekian, terima kasih

0 comments:

Post a Comment