Friday, April 7, 2017

Urusan Pemangkuan PPP Sebagai Guru Cemerlang Secara Khas Untuk Penyandang Di Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2017

. Friday, April 7, 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPM sedang melaksanakan Urusan Pemangkuan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang Gred DG44 ke Gred Khas C bagi Guru Cemerlang dan Gred Khas B bagi Pensyarah Cemerlang secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi tahun 2017 bermula 06 April 2017.

Urusan pemangkuan ini terbuka kepada semua PPP yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam urusan pemangkuan ini. Calon-calon yang memohon untuk dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ini perlu mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang / Pensyarah Cemerlang dengan lengkap dan betul, disertakan bersama dengan dokumen sokongan. Maklumat dan dokumen-dokumen tersebut boleh didapati di laman sesawang KPM di alamat www.moe.gov.my dan emel sekolah.
Tuan adalah dipohon untuk mematuhi tarikh penghantaran dokumen berikut ke Unit Naik Pangkat, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang sebelum atau pada
17 April 2017 (Isnin) bagi tujuan semakan jabatan (u.p : Noor Hayati Tarmizi) :
     a)  softcopy (MS Excel) - emel ke npt@jpnpp.edu.my
     b)  dokumen permohonan (yang telah dijilid / kaedah tape binding - rujuk Lampiran B1)
Perhatian dan kerjasama yang tuan berikan dalam melancarkan urusan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Dilampirkan bahan-bahan untuk rujukan dan tindakan semua guru.

Sekian, terima kasih

0 comments:

Post a Comment