Friday, June 23, 2017

PERINGATAN KESELAMATAN MELINDUNGI ASET KERAJAAN SEMASA CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 2017

. Friday, June 23, 2017

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara tersebut di atas.


2. Sepertimana tuan/puan sedia maklum, semua kakitangan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 25 dan 26 Julai 2017. Sempena perayaan tersebut berkemungkinan kebanyakkan kakitangan akan mengambil kesempatan untuk bercuti rehat beberapa hari sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri sepanjang minggu tersebut. Bagi memastikan keselamatan aset-aset kerajaan sentiasa selamat dan dilindungi daripada sebarang risiko yang tidak diingini, tuan/puan adalah diingatkan supaya sama-sama bertanggungjawab terhadap Keselamatan Perlindungan di persekitaran tempat kerja masing-masing.

3. Langkah-langkah keselamatan untuk melindungi aset kerajaan perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan dengan tegas mengikut keperluan Akta, Peraturan, Prosedur dan Arahan Keselamatan berkaitan. Disamping itu, langkah-langkah khas berikut hendaklah juga dilaksanakan di Jabatan tuan/puan:


3.1 Semua pegawai dan kakitangan perlu bersama-sama bertanggungjawab dan memastikan persekitaran tempat kerja berada dalam keadaan baik dan selamat;

3.2 Semua pegawai dan kakitangan perlu log off  komputer/notebook, pencetak, suis dimatikan (tanggalkan plug dari soket elektrik), pemacu cakera dikosongkan, peranti mudah alih disimpan dan dikunci dengan selamat mengikut peraturan keselamatan ditetapkan;

3.3 Semua pegawai dan kakitangan perlu membuat salinan ke atas fail penting dari komputer/notebook ke dalam external harddisk, pastikan juga komputer/notebook dilindungi dengan katalaluan, aset ICT mudah alih seperti notebook, external hardisk,thumb drive disimpan di dalam kabinet berkunci dan bilik dikunci.

3.4 Aset alih khususnya dokumen penting dan dokumen rahsia rasmi disimpan dan dikunci dalam peti-peti keselamatan mengikut arahan-arahan keselamatan yang ditetapkan;


3.5 Bangunan, pejabat, bilik-bilik pegawai, bilik fail, stor, pusat data, pintu, tingkap dan sebagainya dipastikan ditutup dan dikunci dengan selamat;

3.6 Semua lampu, penyaman udara, peralatan elektrik dan elektronik, suis punca kuasa dan sebagainya yang tidak digunakan ditutup bagi mengelakkan kebakaran;

3.7 Peralatan-peralatan dan sistem keselamatan fizikal seperti CCTV, kad akses, penggera ceroboh, penggera kebakaran dan sebagainya diselenggara dan dipastikan berfungsi dengan baik;

3.8 Anggota pengawal keselamatan yang bertugas perlu bersiap siaga, melaksanakan tugas rondaan, kawalan dan pemantauan teliti serta melaporkan sebarang insiden atau kegiatan yang mencurigakan mengikut Standard Operation Prosedure (SOP) yang ditetapkan;

3.9 Peralatan komunikasi anggota pengawal keselamatan hendaklah diselenggara bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan baik untuk kemudahan perhubungan jika berlaku kecemasan;


3.10 Semua kerja penyelenggaraan dan pembangunan yang akan dilaksanakan dalam tempoh cuti tersebut telah mendapat kebenaran dan dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak keselamatan untuk pemantauan rapi; dan

3.11 Mana-mana pihak yang tidak patuh atau tidak melindungi aset kerajaan yang menyebabkan risiko keselamatan boleh diambil tindakan tegas mengikut keperluan Akta berkaitan atau dikenakan tindakan tatatertb sewajarnya.

4. Besarlah harapan sekiranya pihak tuan/puan dapat sama-sama bertanggungjawab dan sentiasa mengutamakan keselamatan perlindungan melindungi aset kerajaan di Jabatan masing-masing semasa tempoh cuti perayaan tersebut.

0 comments:

Post a Comment