Thursday, November 9, 2017

PELAKSANAAN PROGRAM TRASFORMASI MINDA (PTM) MELALUI E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA) SECARA ONE-OFF BAGI WARGA KERJA KPM LATIKAN TAHUN 2014 HINGGA 2016

. Thursday, November 9, 2017

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.         Program Transformasi Minda merupakan salah satu  syarat pengesahan dalam perkhidmatan penjawat awam selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012. Untuk makluman tuan/puan, Bahagian Pendidikan Guru (BPG), adalah urus setia kepada Program Transformasi Minda (PTM) melalui E- Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) lantikan tahun 2014 hingga 2016 mulai 15 Jun 2017 hingga 30 Jun 2018 secara one-off.


3        Bagi PPP dan AKP Lantikan Tahun 2014 hingga 2015 perlu menyelesaikan PTM melalui EPSA dengan SEGERA dan melengkapkan dokumen seperti di Lampiran A dan hantar kepada pejabat sekolah sebelum atau pada 15 November 2017. Kegagalan PPP dan AKP berkenaan,  berbuat demikian akan menjejaskan proses pengesahan dalam perkhidmatan pegawai berkenaan.

5.      Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, sila berhubung dengan pihak urus setia En. Imtiaz Ahmad bin Ghulam Kadir di talian 04-6521179. Segala kerjasama dan tindakan segera dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

0 comments:

Post a Comment