Monday, March 5, 2018

URUSAN PERAKUAN KE ATAS PERMOHONAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH KPM AMBILAN TAHUN 2018

. Monday, March 5, 2018

Sebagaimana tuan/pusan sedia maklum, setiap tahun KPM melalui Bahagian Tajaan Pendidikan menawarkan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat permohonan yang ditetapkan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran secara sepenuh masa dan separuh masa di universiti awam di dalam dan luar negara (bagi Kedoktoran).

Bagi tahun 2018, tawaran permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh telah dibuka secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui laman sesawang KPM di  alamat https://epenawaran.moe.gov.my mulai 9.2.2018 hingga 28.2.2018.  

Adalah dimaklumkan bahawa proses sokongan bagi permohonan penajaan/cuti belajar tahun 2018 boleh mula dibuat mulai 2 Mac 2018 hingga 9 Mac 2018.  Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila emelkan ke epenawaran @moe.gov.my atau hubungi 03-83217138.


Sekian, terima kasih.


*Nota : Notis ini diterima pada 2 Mac 2018

0 comments:

Post a Comment