Friday, March 1, 2019

IKLAN : URUSAN PEMANGKUAN PPP SEBAGAI GURU CEMERLANG DAN PENSYARAH CEMERLANG SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG DI KPM TAHUN 2019

. Friday, March 1, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian  Pendidikan Malaysia akan melaksanakan Urusan Pemangkuan PPP sebagai Guru Cemerlang (Sekolah Menengah / Sekolah Rendah) Gred DG32 hingga ke Gred Khas C dan Pensyarah Cemerlang di IPG Gred DG48 hingga ke Gred Khas C secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi tahun 2019 bermula 1 Mac 2019 sehingga 31 Mac 2019. Tarikh tutup permohonan adalah pada Ahad, 31 Mac 2019, jam 5.30 petang.

3.      Urusan pemangkuan ini terbuka kepada semua PPP yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam urusan pemangkuan ini. Calon-calon yang memohon untuk dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ini diingatkan supaya mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang / Pensyarah Cemerlang (format MS Excel) dengan lengkap dan betul. Ketua Jabatan (Pengetua/Guru Besar) hendaklah memastikan maklumat permohonan calon adalah lengkap dan teratur. Ketua Jabatan (Pengetua/Guru Besar) juga diingatkan supaya mengemaskini maklumat perkhidmatan semua calon dalam Sistem e-Pangkat terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan tersebut kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).

4.  Borang permohonan dalam format MS Excel boleh dimuat turun daripada laman sesawang www.moe.gov.my Sila Klik Di Sini ) dan ePangkat.moe.gov.my. Calon yang memenuhi syarat dan disenarai pendek sahaja akan dinilai. Hanya calon yang telah dinilai dan berjaya SAHAJA akan menerima surat Arahan Penempatan Pemangkuan sebagai Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang melalui Ketua Jabatan masing-masing Keputusan penilaian adalah MUKTAMAD dan sebarang RAYUAN TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.


5.      Kerjasama yang tuan berikan dalam perkara ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


0 comments:

Post a Comment