Friday, January 17, 2020

PERUBAHAN KADAR ELAUN PERJALANAN KENDERAAN DAN PENGGUNAAN BORANG TUNTUTAN PERJALANAN YANG BARU

. Friday, January 17, 2020

 Dimaklumkan bahawa, terdapat pindaan Pekeliling Perbendaharaan WP1.4 yang melibatkan perubahan pada kadar Elaun Perjalanan Kenderaan (EPK). Kadar EPK yang terbaru adalah mengikut jenis kenderaan sahaja iaitu RM0.85/km bagi kereta dan RM0.55/km bagi motosikal. Julat jarak perjalanan juga dikurangkan kepada 2 sahaja iaitu 500 km pertama dan 501 km dan seterusnya.

2.     Borang Tuntutan Elaun Perjalanan juga telah ditambahbaik dan dikemaskini dengan butiran seperti nombor akaun bank, alamat rumah pemandu/majikan, elaun makan/harian dan bayaran sewa hotel yang diperincikan dan alamat lojing.

3.    Bersama-sama ini disertakan Pindaan EPK WP1.4 dan Borang Tuntutan Elaun Perjalanan 2020 untuk perhatian dan tindakan tuan/puan. Semua sekolah dikehendaki menggunakan borang tuntutan yang baru berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020. 

0 comments:

Post a Comment