Thursday, February 13, 2014

Bengkel Keselamatan & Kesihatan Antarabangsa SMJK Chung Ling 2014

. Thursday, February 13, 2014
0 comments

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Bengkel Keselamatan & Kesihatan Antarabangsa SMJK Chung Ling 2014 akan diadakan seperti berikut

Tarikh : 22 Feb 2014 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 ptg
Tempat : SMJK Chung Ling

Dengan ini, semua guru dan kakitangan sokongan adalah wajib menyertai program ini. Maklumat lanjut sila rujuk pekeliling yang telah diedarkan.

Guru-guru Sains dan Matematik yang sudah menghadiri Bengkel Pembinaan Item HOTS (bulan Nov 2013) perlu menghadiri bengkel sebelah petang. Kumpulan bengkel boleh dirujuk di sini.

Harap maklum

Read More »»

Wednesday, February 12, 2014

Jadual Waktu (pagi) V2

. Wednesday, February 12, 2014
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa Jadual Waktu (Pagi) Versi 2 akan dikeluarkan. Guru-guru pagi boleh mendapatkan jadual waktu baru di bilik PK Pentadbiran mulai 13 Feb 2014.

Tarikh kuatkuasa 17 Feb 2014

Harap maklum

Read More »»

Thursday, February 6, 2014

Pengemaskinian Data eOperasi

. Thursday, February 6, 2014
0 comments

TARIKH : 10  -  14 FEB  2014

Semua guru diminta mengemaskini data berikut (12 perkara) di bawah submenu “MAKLUMAT PERKHIDMATAN”

1. Tarikh lantikan pertama
2. Tarikh pengesahan pertama
3. Opsyen bersara
4.  Gred jawatan hakiki
5.   Gred jawatan semasa
6.   Kod pengisian semasa
7.   Jawatan
8.   Kod taraf jawatan
9.   Tarikh khidmat negeri semasa
10.  Tarikh khidmat daerah semasa
11.  Tarikh khidmat sekolah semasa
12.  Kedudukan perkhidmatan

Pastikan membuat pengesahan (TANDAKAN Ö ) di kotak yang berkenaan

Guru-guru yang tidak dapat log in ke dalam sistem diminta menghubungi PK Pentadbiran dengan segera


Operasi pengemaskinian kali ini melibatkan seluruh negara dan talian internet mungkin sibuk. Jangan tunggu saat-saat terakhir.

Maklumat lanjut boleh dimuat turun di sini

Read More »»

Tuesday, February 4, 2014

Kursus Pembangunan Kompetensi (CPD) DG 41 dan DG 44 KPM 2014

. Tuesday, February 4, 2014
0 comments

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk;

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dengan kerjasama JPN akan melaksanakan kursus di atas mulai Mac hingga November 2014.

Semua guru Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah gred DG41 (Tarikh lantikan 2009, 2010 dan 2011)  dan DG44 (Tarikh lantikan 2011 dan 2012) termasuk Guru Kaunseling Sepenuh Masa lantikan terpilih (Tarikh lantikan 2009, 2010 dan 2011) akan dikehendaki mengikuti kursus di atas tanpa gagal.

Permohonan adalah secara on line  di http://apps.moe.gov.my/abpg/bpgonline  mulai 1 Feb - 28 Feb 2014.

Calon perlu mencetak borang permohonan yang telah diisi dan mendapatkan perakuan Ketua Jabatan untuk disimpan sebagai rekod permohonan

Maklumat lanjut boleh diperoleh di CPD

Sekian, terima kasih

Read More »»

Saturday, February 1, 2014

Perlantikan PK Petang dan KB Kemanusiaan

. Saturday, February 1, 2014
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa En Na Lean Hong dn Pn Kong Mei Yuet telah dilantik secara rasminya oleh JPN, masing-masing sebagai Penolong Kanan Petang dan Ketua Bidang Kemanusiaan sekolah ini. Tarikh penguatkuasaan ialah 16 Jan 2014.

Harap maklum

Read More »»

Wednesday, January 29, 2014

Visit from Japanese Educational Group

. Wednesday, January 29, 2014
0 comments

A Japanese Educational Group from Tokyo visited our school on 29 Jan 2014. They were Lim Shimron, Hashizume Yukiko and 佐原雅美。

Read More »»

Friday, January 24, 2014

Pengemaskinian Data e-SPLG dan e-Profil

. Friday, January 24, 2014
0 comments

Semua guru dan staf sokongan diminta mengemaskini data dalam e-SPLG

1) bahagian KKL, kalau belum dilakukan tahun 2013
2)  bahagian TNA (Soal Selidik Analisis LDP). Sila tekan "hantar" sekiranya tiada perubahan

Semua guru juga dikehendaki mengemas data dalam e-Profil (dalam pautan s-SPLG). Sila tekan "hantar" sekiranya tiada perubahan

TARIKH TUTUP : 7 FEB 2014

Penerangan lanjut boleh diperoleh di PANDUAN PENGEMASKINIAN

Read More »»

Thursday, January 23, 2014

Gotong Royong

. Thursday, January 23, 2014
0 comments

Satu gotong Royong akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 28 Jan 2014 (Selasa)
Masa : 11.45 am - 1.30 pm

Guru-guru tingkatan diminta menguruskan peralatan kebersihan dengan kelas masing-masing.

Pihak sekolah juga membenarkan persatuan-persatuan yang ingin melakukan pembersihan setor/bilik persatuan pada hari tersebut, dengan syarat kebenaran mesti diperoleh daripada En Cheah KK.

Guru-guru mata pelajaran akan masuk mengikut waktu peribadi masing-masing semasa sesi gotong-royong.
Terima kasih

Read More »»

Tuesday, January 21, 2014

Makluman Tarikh Peperiksaan Awam Tahun 2014

. Tuesday, January 21, 2014
0 comments

Bersama-sama dengan ini disertakan Surat siaran LPM Bil 9 Tahun 2013. berkenaan dengan perkara di atas bagi rujukan semua.

Read More »»

Perhimpunan Pagi

.
0 comments

Perhimpunan pagi akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 27 Jan 2014 (Isnin)
Tingkatan : 3 dan 5

Tarikh : 28 Jan 2014 (Selasa)
Tingkatan : 4 dan 6

Harap maklum

Read More »»

Visit from Japan Hakodate National College of Technology

.
0 comments

Date : 8 Jan 2014





Read More »»

Maklumat Kursus Peningkatan Profesionalsime Guru Sek Kluster

.
0 comments

Adaklah dimaklumkan bahawa semua guru diminta mengisi maklumat Kursus Peningkatan Profesionalsime Guru Sekolah Kluster Kecemerlangan yang pernah dihadiri pada tahun 2013.

Borang berkenaan boleh diperolehi di bawah kaunter perakam waktu pejabat. Untuk makluman semua, maklumat LDP boleh diperolehi di laman sesawan e-splg Modul Individu SPL KPM.

Password : 4 digit terakhir KP (kalau belum diubah)

Tarikh akhir penyerahan borang : 25 JAN 2014

Read More »»