Wednesday, February 3, 2010

Waktu Bertugas Rasmi Guru Pagi

. Wednesday, February 3, 2010

Demi menjamin keselamatan pelajar, pihak sekolah telah memutuskan bahawa para pelajar tidak lagi dibenarkan balik awal (pada pukul 1.30 pm) walaupun guru matapelajaran kelas tersebut tidak hadir ke sekolah. Guru ganti juga akan diaturkan untuk kelas-kelas yang guru mata pelajarannya tidak hadir pada waktu ke 10 (1.30 – 2.05 pm).

Oleh hal yang demikian, semua guru hanya dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah selepas 2.05 pm. Ini bermaksud waktu bertugas rasmi guru-guru pagi adalah dari 7.30 pagi hingga 2.05 petang kecuali hari Jumaat (1.30 ptg)

Peraturan ini berkuatkuasa mulai 23 FEB 2010

0 comments:

Post a Comment