Thursday, April 12, 2012

Pengumpulan Data PPPS DG48 ke DG52 dan DG52 ke DG 54

. Thursday, April 12, 2012

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang mengumpul data PPPS dari Gred DG48 ke Gred DG52 dan Gred DG52 ke Gred DG54 pada tahun 2012.

Untuk makluman, PPPS yang LAYAK adalah seperti berikut :-

1) PPPS yang berada di Gred DG48 sekurang-kurangnya enam (6) tahun (telah dinaikkan pangkat pada tahun 2006 dan sebelumnya); dan

2) PPPS yang berada di Gred DG52 sekurang-kurangnya tiga (3) tahun (telah dinaikkan pangkat pada tahun 2009 dan sebelumnya).

Guru-guru yang terlibat sila menghubungi Pn Nooraida di pejabat sebelum 16 April 2012.

0 comments:

Post a Comment