Thursday, April 4, 2013

Pengemaskinian Maklumat E-Profil (Peringatan Terakhir)

. Thursday, April 4, 2013

PPD Timur Laut telah memberi peringatan terakhir kepada semua guru supaya mengemaskini data e-Profil (dalam sistem e-splg) selewat-lewatnya 15 April 2013. Guru-guru yang gagal berbuat sedemikian akan menerima surat meminta penjelasan daripada PPD.

Bidang-bidang yang yang perlu kemaskini termasuk
1) Profil 1 dan Bidang Kepakaran
2. Kelayakan Akademik
3) Pengalaman Perkhidmatan
4) Anugerah
5) Sumbangan Penglibatan Profesional
6) Sumbangan Penglibatan Bukan Profesional

Sekiranya tiada sumbangan/bidang kepakaran, sila tandakan "Ö" dalam kotak yang telah disediakan.

Sehingga kini, pihak sekolah mendapati bahawa masih terdapat sekurang-kurangnya TIGA orang guru yang tidak mengemaskini data peribadinya dan seorang guru tidak memuatnaik gambar ke dalam sistem.

Kerjasama daripada semua guru adalah sangat-sangat diperlukan. Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment