Thursday, April 4, 2013

TAWARAN PERMOHONAN PROGRAM DIPLOMA SISWAZAH

. Thursday, April 4, 2013


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang ingin mengikuti Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan bagi mengikuti Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA/MSPADA] di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sesi 2013/2014. Keutamaan pemilihan calon adalah diberikan kepada PPPS yang sedang berkhidmat sebagai kaunselor di sekolah dan PPPS yang menguruskan Program Pencegahan Dadah KPM.

Maklumat berkaitan permohonan boleh dimuat turun dari laman sesawang KPM(www.moe.gov.my). Permohonan hendaklah dikemukakan ke Bahagian ini selewat-lewatnya sebelum atau pada 30 April 2013 (Selasa).

Semua guru dimohon untuk memastikan permohonan dengan dokumen yang lengkap sahaja dikemukakan ke BT di alamat  berikut:

Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
            Bahagian Tajaan Pendidikan
            Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1
            63000 Cyberjaya
            SELANGOR DARUL EHSAN         
            (u.p. : Cawangan Latihan Dalam Perkhidmatan)

Sekian, terima kasih





0 comments:

Post a Comment