Wednesday, April 30, 2014

Modul Perekodan Perkembangan Prestasi Murid

. Wednesday, April 30, 2014

Semua guru yang terlibat dalam PBS (mengajar mata pelajaran Tingkatan 1 - 3) sudah boleh mulai merekod prestasi murid dalam modul mata pelajaran masing-masing. Hanya modul KH (Tingkatan 1 - 3) dan Sejarah (Tingkatan 2) yang masih tiada modul yang disediakan oleh LPM.

Semua guru dikehendaki memuat turunkan modul yang dilampirkan dan menggabungkan modul tersebut dengan maklumat pelajar (dilampirkan bersama). Selepas ini, semua guru boleh merekod prestasi dalam modul masing-masing.

Buat sementara ini, modul-modul masih belum boleh dicapai dalam School Management System (SMS) dan mesti diisi secara offline. Pihak sekolah akan memantau dari semasa ke semasa perekodan semua guru.

Harap maklum

0 comments:

Post a Comment