Monday, June 23, 2014

Majlis Persaraan Pengetua

. Monday, June 23, 2014

Seperti sedia maklum, Majlis Persaraan Pengetua akan diadakan pada 27 Jun 2014 (Jumaat).

 Pada hari tersebut, hanya pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 6 akan masuk  ke dalam dewan untuk menyaksikan majlis rasmi sementara Tingkatan 3 dan 5 akan berada di dalam kelas masing-masing di bawah penyeliaan guru-guru tingkatan. Waktu persekolahan sesi petang adalah seperti biasa dan tiada sebarang perubahan. 

Semua guru sesi pagi (kecuali guru tingkatan 3 dan 5) dan staf sokongan wajib berada di dalam dewan pada 9.30 pagi dan guru-guru sesi petang adalah dijemput hadir majlis bersama. Pakaian majlis adalah rasmi dan guru lelaki dikehendaki memakai kemeja berlengan panjang serta bertali leher sekolah. 

Sarapan hanya disediakan kepada tetemu-tetamu sahaja tetapi makan tengahari akan disediakan kepada semua guru (pagi dan petang) dan staf sekongan. Para guru dan staf sokongan boleh menuntut masing-masing di kantin sekolah selepas majlis tamat nanti.

0 comments:

Post a Comment