Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama United State Sports Academy (USSA) Malaysia merangka melaksanakan kursus tersebut seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 4 Ogos - 3 Oktober ( 50 hari = 400 jam kredit, mode penuh
masa)
Masa : 8.00 pg hingga 10.00 malam
Tempat : akan ditentukan kemudian.
Kriteria Pemohon.
1. Umur <50 br="" thn="">
2. Tidak berdaftar dengan mana-mana IPTS sebagai pelajar penuh
masa atau PJJ.
3. Aktif dalam kokurikulum & sihat tubuh badan.
4. Markah prestasi 3 tahun yang baik dan disokong oleh Pengetua/GB
5. Bebas dari tindakan tatatertib atau mahkamah.
6. Guru PJK bukan opsyen yang sedang mengajar PJK.
7. Berminat untuk meningkatkan ilmu PdP.
8. Tempat adalah terhad untuk 50 peserta sahaja.
Permohonan boleh dibuat melalui surat rasmi sekolah dengan menyatakan kriteria seperti, Nama, No KP, Markah Prestasi 2013,2012,2011, pengalaman mengajar PJK dan lain-lain yang sesuai.
Surat permohonan boleh dihantar ke Unit Latihan & Kemajuan Staf, JPN Pulau Pinang (u.p En Mohd Yusof b Md Yasin)
Sekian, terima kasih
0 comments:
Post a Comment