Monday, April 27, 2015

Pelaksanaan Kaedah Latihan Secara Pembacaan Buku, Sesi Perkongsian Ilmu Dan Pembelajaran Kendiri Bagi Menggantikan Hari Latihan

. Monday, April 27, 2015

Untuk makluman Tuan/Puan, Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) Latihan KPM yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ketua Setiausaha KPM pada 27 Mac 2015 telah memutuskan bahawa semua warga kerja KPM perlu memenuhi syarat sekurang-kurangnya tujuh (7) hari latihan atau berkursus setahun. Bagi suku pertama tahun 2015, sekurang-kurangnya tiga (3) hari latihan perlu dipenuhi oleh semua warga KPM. Kegagalan memenuhi sasaran tiga (3) hari sehingga penghujung April 2015 akan menyebabkan Surat Tunjuk Sebab (STS) dikeluarkan.

Berikutan keadaan ekonomi semasa, peruntukan latihan bagi semua warga kerja KPM adalah terhad. Walau bagaimanapun, keperluan pematuhan terhadap dasar latihan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari setahun perlu dipenuhi. Sehubungan dengan itu, PPSM Latihan KPM telah memutuskan bahawa latihan tujuh (7) hari setahun bagi setiap warga KPM dalam tahun 2015 boleh digantikan dengan Pembacaan Buku, Sesi Perkongsian Ilmu atau Pembelajaran Kendiri.

Harap maklum

0 comments:

Post a Comment