Wednesday, April 1, 2015

Syarat Latihan Dalam Perkhidmatan

. Wednesday, April 1, 2015

Saya dengan hormatnya merujuk kepada kandungan email dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia berhubung perkara di atas.

2.  Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Panel Pengurusan Sumber Manusia (Latihan) yang dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri KSU telah memutuskan bahawa semua warga kerja KPM perlu memenuhi syarat sekurang-kurangnya tujuh (7) hari latihan setahun. Untuk suku pertama tahun ini, sekurang-kurangnya tiga (3) hari latihan perlu dipenuhi. Selain kaedah konvesional latihan, kaedah blended training approach boleh digunakan bagi tujuan ini seperti pembacaan buku,pembelajaran kendiri melalui EPSA dan juga sesi perkongsian ilmu.

3.     Kegagalan memenuhi sasaran tiga (3) hari sehingga penghujung April akan menyebabkan Surat Tunjuk Sebab perlu dikeluarkan.

0 comments:

Post a Comment