Wednesday, October 21, 2015

DAFTAR ONLINE AHLI PESSCA TIMUR LAUT UNTUK CETAKAN KAD KEAHLIAN PESSCA

. Wednesday, October 21, 2015

 Sukacita dimaklumkan Jawatankuasa PESSCA Timur Laut akan mencetak kad keahlian PESSCA Timur Laut untuk kegunaan semua ahli PESSCA yang berdaftar pada tahun 2015. Justeru itu, 
   Jawatankuasa PESSCA Timur Laut memerlukan pengesahan daripada semua ahli PESSCA yang berdaftar untuk membuat pengisian secara online. Pendaftaran ahli PESSCA Timur Laut adalah seperti ketetapan berikut:
1. Sila lantik seorang wakil untuk memaklumkan kepada semua ahli PESSCA      Timur Laut yang berdaftar di sekolah masing-masing.
2. Setiap ahli PESSCA dikehendaki melayari portal www.pesscatimurlaut.my
3. Sila klik butang DAFTAR AHLI di ruangan kanan atas portal.
4. Setiap ahli PESSCA Timur Laut dikehendaki mengisi maklumat berkenaan:
                i) Nama penuh
                ii) No. Kad Pengenalan
                iii) Jantina
                iv) Gred jawatan
                v) Tempat bertugas
                vi) E-mail
                vii) No. Telefon Bimbit

5. Setelah pengisian telah lengkap, sila klik butang HANTAR.
6. Tarikh akhir pengisian pendaftaran ahli PESSCA Timur Laut adalah pada atau sebelum 30 Oktober 2015 (JUMAAT).
7. Admin portal PESSCA Timur Laut akan mencetak senarai nama keahlian mengikut sekolah masing-masing. Senarai berkenaan akan dihantar semula ke sekolah masing-masing untuk semakan terakhir sebelum kad keahlian dicetak. Tarikh akhir semakan akan dimaklumkan dalam email sekolah.
Jawatankuasa PESSCA Timur Laut sangat menghargai komitmen pihak tuan dalam memudahkan pengurusan pendaftaran ahli secara online. Justeru itu, pastikan tiada nama yang tercicir supaya kad keahlian PESSCA dapat dicetak dan digunakan oleh semua ahli PESSCA Timur Laut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Sharil Azrul: 0192709571 atau Encik Yusri: 0134333159.

Sekian, Terima kasih

0 comments:

Post a Comment