Saturday, October 10, 2015

PELAKSANAAN THE WORLD'S LARGEST LESSON (WLL) DI SEKOLAH - SEKOLAH SELURUH MALAYSIA

. Saturday, October 10, 2015

The World's Largest Lesson (WLL) merupakan salah satu inisiatif di bawah Project Everyone yang mendapat mandat dan sokongan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). WLL adalah salah satu platform bagi memperkenalkan 17 matlamat ini kepada semua lapisan masyarakat di seluruh dunia terutama melalui pendidikan. Sebanyak 24 modul pengajaran WLL yang dirangka oleh guru-guru di serata dunia telah dimuatnaik di internet.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyokong kempen penyebaran lhe Global Goals atau SDGs ini, dan menyaran agar semua sekolah di seluruh Malaysia untuk turut serta dengan memuat turun dan menggunakan modul pengajaran WLL dalam sesi pengajaran yang bermula pada 28 September 2015.

Bagi memastikan kelancaran WLL, FrogAsia yang merupakan wakil PBB dalam memudahcara dan membantu KPM menjayakan program ini, telah menyediakan empat (4) modul pengajaran WLL yang dikenalpasti untuk diajar di sekolah-sekolah di Malaysia. Keempat-empat modul ini akan dimuatnaik di laman Frog Store. Tema kepada empat (4) modul
 i. Transformasi Pendidikan;
 ii. Pembasmian Kemiskinan;
iii. Penjimatan Tenaga; dan
iv. Penjagaan Alam Sekitar.

Para guru dan murid digalakkan untuk menggunakan Frog VLE bagi tujuan memuat turun dan berkongsi informasi berkaitan WLL. Menerusi Frog VLE, para guru boleh mengambil inisiatif sendiri untuk menjadikan pengajaran dan pernbelajaran WLL secara lebih kreatif, efektif dan menyeronokkan dengan menggunakan fungsi-fungsi interaktif yang telah disediakan.

0 comments:

Post a Comment