Tuesday, May 24, 2016

HEBAHAN DAN TAKLIMAT PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN MOD KERJA KURSUS SECARA LUAR PESISIR (OFFSHORE)

. Tuesday, May 24, 2016

Untuk makluman tuan, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia bercadang untuk mengadakan program di atas kepada guru dan pegawai pendidikan yang berminat dan berkelayakan di sekitar negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak mulai Sidang Akademik 2016/2017 iaitu September 2016. Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun (4 semester). Program dijalankan secara sambilan yang melibatkan komponen kerja kursus dan projek penyelidikan. Jadual kuliah dan tutorial akan dijalankan pada hujung minggu (setiap Sabtu). 

Tempat kuliah dan tutorial ialah di Seberang Perai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

 Mereka yang berminat dan memenuhi kelayakan perlu mengisi permohonan secara online di laman sesawang www.ips.usm.my selewat-lewatnya pada 15 Julai 2016. Sehubungan itu, satu taklimat tentang program ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh      :       28 Mei 2016 (Sabtu)
Masa        :       9.30 pagi
Tempat    :       Dewan Kirkby, Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun
                        14000 Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi Prof. Madya Dr. Mohamad Zohir Ahmad di talian 013-4393622 atau urusetia program di talian 04-6535403/5409.

Sekian, terima kasih

0 comments:

Post a Comment