Wednesday, February 15, 2017

URUSAN KEWANGAN (TNT DAN IKH) SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

. Wednesday, February 15, 2017

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2.         Semakan tuntutan kewangan Sektor Penilaian Dan Peperiksaan mendapati terdapat pegawai yang menghantar TUNTUTAN YANG SAMA sebanyak dua kali untuk bulan yang sama.

3.         Mohon kerjasama semua guru untuk memastikan HANYA satu(1) set borang tuntutan dan dihantar SEKALI SAHAJA untuk tuntutan bulan berkenaan.

4.         Semua tuntutan berkaitan pengurusan peperiksaan yang diuruskan oleh Sektor Penilaian dan Peperiksaan hendaklah dihantar terus ke Sektor Penilaian Dan Peperiksaan (bukannya ke JPN) sebelum atau pada 5 haribulan pada bulan berikutnya.

5.         Bagi tuntutan perjalanan pegawai yang menguruskan lebih dari satu jenis peperiksaan dalam bulan yang sama, tuntutan perjalanan tersebut perlulah digabungkan untuk semua peperiksaan dalam bulan tersebut.

Harap maklum

0 comments:

Post a Comment