Monday, March 13, 2017

PELAWAAN KEMUDAHAN PROGRAM BIASISWA KOMANWEL NEW ZEALAND TAHUN 2017

. Monday, March 13, 2017

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM telah menerima pelawaan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengemukakan pencalonan dari kalangan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional memohon  kemudahan Program Biasiswa Komanwel New Zealand Tahun 2017 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D secara sepenuh masa. 
 
3.         Pegawai yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan biasiswa tersebut tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Ketua Jabatan masing-masing serta memenuhi semua syarat/dasar permohonan yang ditetapkan oleh JPA. Borang permohonan biasiswa tersebut perlu diisi secara dalam talian melalui laman web http://esilav2.jpa.gov.my. Permohonan dibuka sehingga 31 Mac 2017.
 
4.         Bersama-sama ini disertakan salinan surat pelawaan JPA(I)S.179/17/2-11  Jld.2(10) bertarikh 6 Mac 2017. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyak 2 salinan (1 salinan asal dan 1 salinan fotostat) dengan disertakan dokumen-dokumen berikut: 
 
i.              Borang JPA(L)LDP 1B/96;
ii.            Borang Perakuan Ketua Jabatan;
iii.           Salinan Ijazah Pertama atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip);
iv.           Salinan Ijazah Sarjana atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip); dan
v.            Application Form 2017 Selection - New Zealand Commonwealth Scholarship.
     
5.         Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 23 Mac 2017 (Khamis) jam 5.00 petang kepada:
 
 
Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru
 
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.: Puan Paridah binti Ali, Tel: 03-8884 7947, Faks: 03-8884 7925
u.p.: Encik Danial Abdillah bin Suhaimi, Tel:03-8884 7943, Faks: 03-8884 7925
 
    
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
 
Sektor Peningkatan Keilmuan
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.: Encik Azalan bin Afendi, Tel: 03-8884 1242, Faks: 03-8884 1274
           Emel: azalan.afendi@moe.gov.my
 
 
6.        Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan/puan untuk memaklumkan kepada semua pegawai dan staf di bawah seliaan tuan/puan.
Perhatian dan kerjasama tuan/puan mengambil maklum dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

0 comments:

Post a Comment