Tuesday, March 14, 2017

TAWARAN MENGIKUTI KOREA-MALAYSIA TEACHER EXCHANGE PROGRAMME (KOMTEP) DI BAWAH PROGRAM ASIA-PACIFIC TEACHER EXCHANGE FOR GLOBAL EDUCATION (APTE), REPUBLIC KOREA TAHUN 2017

. Tuesday, March 14, 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendiidkan Guru (BPG) akan melaksanakan ambilan bagi Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP) dengan jalinan kerjasama Kementerian Pendidikan Republik Korea dan Asia-Pacific Centre of Education for International Understanding, UNESCO (APCEIU) bagi tahun 2017.

Sehubungan itu, bersama-sama ini dipanjangkan surat siaran hebahan  dan borang permohonan berkenaan untuk makluman dan rujukan tuan/puan 

PPP yang memenuhi syarat dan kelayakan asas hendaklah mengisi borang permohonan yang dilampirkan.  Permohonan yang telah lengkap diisi beserta dokumen berkenaan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 22 Mac 2017 kepada Unit Latihan dan Kemajuan Staf, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang untuk mendapat sokongan/ulasan daripada Pengarah JPNPP.

Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan dalam hal ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

0 comments:

Post a Comment