Thursday, October 28, 2010

MAJLIS TAMAT PENGAJIAN TAHUN 2010

. Thursday, October 28, 2010

Tarikh : 30 Okt 2010 (Sabtu)

1) Semua guru dikehendaki hadir ke sekolah selewat-lewatnya 8.00 pagi dan rekodkan kehadiran dengan mesin biotek/thumbprint. Guru-guru boleh balik selepas 12.30 tgh.
2) Semua guru diminta berpakaian kemas dan guru lelaki berkemeja lengan panjang serta bertali leher sekolah. Guru-guru lelaki yang masih tiada tali leher boleh dapatkan daripada PK Pentadbiran.
3) Semua guru diminta jangan meletakkan kenderaan di tempat letak kereta di depan Blok A dan B sekolah.
4) Guru Tingkatan 5 dan 6 Atas diminta berada di kelas pada pukul 8.30 pagi untuk menanda kehadiran pelajar di kelas pada hari tersebut. Jangan tandakan kehadiran di Buku Kehadiran Pelajar. Tandakan kehadiran pelajar di atas senarai nama kelas sahaja dan serahkan senarai kepada PK HEM sebagai rujukan.
5) Semua pelajar Tingkatan 5 akan berada di kelas asal masing-masing sementara pelajar Tingkatan 6 Atas akan berada di kelas-kelas berikut :

U6B1 dan U6B2 ke 3TC3
U6B3 dan U6B4 ke 3TC4
U6 F1 ke 4SC1
U6F2 ke 4SC2
U6F3 ke 4SC3
U6F4 ke 4ST1

6) Guru-guru Tingkatan dikehendaki membawa pelajar-pelajar kelasnya ke dewan pada pukul 9.00 pagi.
7) Semua guru berada di dewan pada pukul 9.30 pagi.

0 comments:

Post a Comment