Friday, October 1, 2010

PENGAWALAN KEMASUKAN TRAFIK KE DALAM KAWASAN SEKOLAH

. Friday, October 1, 2010

Untuk melicinkan lagi proses pengawalan keselamatan, pihak sekolah telah memasang sistem pengawalan jauh (remote control system) di penghalang Gate A. Semua staf digalakkan untuk memiliki alat sistem ini demi memudahkan kemasukan ke dalam kawasan sekolah. Staf yang ingin memohon alat sistem dikehendaki mengemukakan borang permohonan berserta wang cengkeram RM 20 (yang akan dipulangkan semasa alat pengawalan jauh dikembalikan).

Sebagai makluman tuan, Gate A hanya akan dibuka dari 7.00 am – 7.45 am dan 5.30 pm – 7.00 pm pada hari-hari persekolahan sahaja. Pada masa-masa lain, gate A akan ditutup dan penghalang hanya boleh dibuka secara manual.

Semua permohonan staf mesti sampai di pejabat (u.p. En Soo Seng Poh) selewat-lewatnya 15 Okt 2010.

0 comments:

Post a Comment