Tuesday, October 5, 2010

Sekolah Sebagai Tempat Mengukuhkan Perpaduan Kaum

. Tuesday, October 5, 2010

KPM memandang serius akan terdapatnya segolongan kecil warga sekolah yang dikatakan mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman.
Sekiranya wujud serta ada kebenaran akan perkara seperti ini berlaku, KPM tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana warga pendidikan yang menmpunyai sikap rasis sama ada dengan menggunakan kata-kata, perbuatan atau penulisan. Tindakan tegas akan diambil jika terbukti kesalahan mereka.
Semua warga sekolah diingatkan supaya sentiasa berhemah semasa melaksanakan tugas dan sensitif kepada hasrat kerajaan untuk meningkatkan perpaduan kaum di negara ini sesuai dengan konsep 1Malaysia.

0 comments:

Post a Comment