Sukacita dimaklumkan
bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang ingin mengikuti Biasiswa Hadiah
Latihan Persekutuan bagi mengikuti Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan
Dadah/Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA/MSPADA] di Universiti
Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sesi 2013/2014.
Keutamaan pemilihan calon adalah diberikan kepada PPPS yang sedang berkhidmat
sebagai kaunselor di sekolah dan PPPS yang menguruskan Program Pencegahan Dadah
KPM.
Maklumat berkaitan
permohonan boleh dimuat turun dari laman sesawang KPM(www.moe.gov.my). Permohonan hendaklah dikemukakan ke Bahagian
ini selewat-lewatnya sebelum atau pada 30 April 2013 (Selasa).
Semua guru dimohon untuk memastikan permohonan dengan dokumen yang lengkap sahaja dikemukakan ke BT di alamat
berikut:
Ketua
Setiausaha
Kementerian
Pelajaran Malaysia
Bahagian Tajaan Pendidikan
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya
SELANGOR DARUL
EHSAN
(u.p. : Cawangan Latihan Dalam Perkhidmatan)
Sekian, terima kasih
0 comments:
Post a Comment