Berikut dilampirkan senarai nama guru-guru bagi sekolah kita gred DG44 dan kebawah yang layak menerima netbook.
Untuk makluman juga, kriteria pemilihan penerima adalah seperti berikut:
a) Guru-guru sekolah rendah dan menengah sahaja
b) Kelayakan kepada guru-guru gred DG44 dan kebawah dengan syarat berikut:
· Warganegara Malaysia
· Berjawatan Gred DG44 dan kebawah
· Terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah (guru-guru yang attached to the PPD/JPN tidak layak)
· Bukan guru pelatih/sandaran
· Tidak bercuti tanpa gaji
· Penjawatan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
· Tidak menyandang atau memangku gred yang lebih tinggi daripada DG44
c) Mengikut status penjawatan setakat tarikh 16 Mei 2014
Guru-guru yang layak tetapi namanya tertinggal diminta memaklumkan pejabat dengan kadar segera. JPN memerlukan senarai nama yang layak pada 27 Jun 2014 (Jumaat) sebelum pukul 4.00 ptg.
Harap maklum
0 comments:
Post a Comment