Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun untuk Pengajian Pasca Siswazah (PhD dan Sarjana) dibuka untuk pencalonan daripada pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang layak untuk memohon kemudahan biasiswa ini. Keterangan lanjut, syarat-syarat permohonan dan tatacara pencalonan bagi program ini boleh diperolehi dengan melayari portal JPA melalui pautan http://esilav2.jpa.gov.my Tarikh tutup permohonan online bagi pegawai yang ingin memohon adalah pada 7 April 2017 DAN tarikh tutup pencalonan oleh Ketua Jabatan adalah pada 7 April 2017.
Disertakan bersama surat siaran berkenaan perkara ini untuk rujukan dan tindakan semua guru.
Sekian, terima kasih.
0 comments:
Post a Comment