Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendiidkan Guru (BPG) akan melaksanakan ambilan bagi Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP) dengan jalinan kerjasama Kementerian Pendidikan Republik Korea dan Asia-Pacific Centre of Education for International Understanding, UNESCO (APCEIU) bagi tahun 2017.
Sehubungan itu, bersama-sama ini dipanjangkan surat siaran hebahan dan borang permohonan berkenaan untuk makluman dan rujukan tuan/puan
PPP yang memenuhi syarat dan kelayakan asas hendaklah mengisi borang permohonan yang dilampirkan. Permohonan yang telah lengkap diisi beserta dokumen berkenaan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 22 Mac 2017 kepada Unit Latihan dan Kemajuan Staf, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang untuk mendapat sokongan/ulasan daripada Pengarah JPNPP.
Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan dalam hal ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
0 comments:
Post a Comment